Thursday, 27 December 2012

Kegembiraan...

Assalamualaikum bloggers and readers..




Kegembiraan?
Aku kekadang terfikir.
Amat payah untuk mengembirakan orang kaya, atau orang perasan kaya, berbanding orang miskin. Agaknya lah..
Mungkin benar,
           mungkin juga salah telahan aku..

Dari segi materialistik, agaknya lah… org yang kaya dan sombong memang sukar menikmati kegembiraan berbanding org miskin (atau org berada dan zuhud..)

Aku mengambil contoh,, kalau anak kecil yang biasa menerima hadiah seringgit tetiba menerima 2 ringgit, akan terpancar sinar kegembiraan yang amat sangat diwajahnya.
Ataupun org gelandangan yang tidak mempunyai apa tetiba dihulurkan makanan ayam goreng KFc tentu lah boleh menangis kegembiraan..
Atau budak-budak miskin yang tidak pernah merasai kenikmatan makanan burger bakar, (walaupun kita selalu nikmatinya hari2..), tetiba dihulurkan makanan sedemikian, alangkah bersyukurnya dia
Memang senang sekali memberikan kegembiraan kepada org yang miskin dan papa,,, Itulah kemuliaan yang dituntut….

Berbalik kepada kepada org kaya yang ada asset berbillion,,err satu billion katakan, dan mengambil contoh budak yang menerima hadiah dari seringgit kepada 2 ringgt tadi, apakah sikaya akan bergembira dengan pulangan 10 juta?
10 juta adalah terlalu banyak bagi kita kan.. bagi kita, bagi mereka?
Mungkin hanya celah gigi sahaja walaupun dari quantumnya amat banyak bagi kita-kita..
Tetapi untuk melihat mereka yang kaya ngeyeh ialah bila pulangannya ialah 2 x ganda ( seperti budak mendapat 2 ringgit tadi).
Bermakna kegembiraan material hanya akan tubit bila mendapat 2 billion.
Tengok susahnya bila ukur kegembiraan dengan wang ringgit..

Namun senang sahaja menceriakan mereka yang tiada apa2…
Jadi pilihlah untuk siapa ingin kita gembirakan hati mereka.
Cer lihat sekeliling , siapa yang lebih memerlukan curahan kasih sayang dan kongsian rezeki kita..
Adakah kita sudah memikirkan tentang asnaf yang 8..
Renungkanlah….


Bagaimana pula dengan kegembiraan golongan ini pula:
Penyamun, perasuah, pelacur, penculik, penipu , bapa ayam, nak ayam, laki ayam , pencuri kabel letrik.. pencuri pagar besi, pencuri motor…pengedar dadah??
Mungkin mereka sentiasa berada dlm kegusaran menerima wang yang tak beerti dan bernilai. Tiada kegembiraan tapi ketamakan untuk mendapatkannya lebih lagi,..

Bila mendapat sesuatu aku selalu teringat mereka yang tiada…opsss.. tak perlulah aku kongsikan apa yang aku buat..

Aku hanya terlintas untuk mencoret kan ttg kegembiraan..

Moga anda melakukan sesuatu untuk mengembirakan  seseorang ,walaupun yang tidak anda kenali..tetapi penuh beerti baginya.
Selamat bergembira dengan penuh keberkatan rezeki.

p.s   Kegembiraan dan kekayaan memang ada positive correlation tapi not perfectly correlated.
p.s2 Tak salah,,, malah dituntut untuk mendapatkan kekayaan dunia juga

3 comments:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...