Monday 31 December 2012

“So close yet so far”

Assalamualaikum bloggers and readers..



Segalanya mempunyai pengakhiran. Cuma yang digembar-gemburkan berakhirnya dunia tahun ini tidak ditamatkan oleh Tuhan.
Tahun 2012 juga akan berakhir dan akan muncul tahun-tahun yang baru dan mendatang. Di celahan itu akan datang juga tahun baru Cina dan kita baru saja menyambut Awal Muharram. Makanya tahun-tahun akan datang dan pergi hinggalah ke akhir zaman.

 foto :http://www.starburstmagazine.com

                                        
Di mana selepas itu tiada lagi masa, masa adalah tak relevan ketika itu.
Allah berkuasa mematikan masa, yang juga makhlukNYA, 
maka abadilah manusia di sebelah kebaikan atau kejahatan….
Syurga atau neraka….
Selamanya.
(namun org Islam akan dikeluarkan juga dari neraka,,tapi sanggup ka? Cer pegang api lighter sat)

Melihat kembali tahun 2012 adalah tahun yang menyenangkan bagi aku. Dan akan memulakan tahun baru dengan iltizam yang lebih jitu. Menyenangkan kerana semua perancangan masih lagi seperti yang diharapkan.
Juga tahun 2012 megembalikan diri ini kepada fitrah dengan secara langsung tak tak langsung. Melangkah tahun baru adalah seperti a new me. Mendambakan  kepada yang hak..
Serta mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat…Oklah ccukup eloteh pasal diri aku..

On political front, dari bacaan aku, tahun 2012 bermula dengan desas desus pilihanraya. Terlalu hebat namun makin kehujung tahun makin kurang tekaan tarikhnya. Mungkin semua pasrah dengan pengumuman tarikh oleh pihak yang berkaitan. (Yang lebih tahu ialah PM dan Tuhan sahaja)
Mungkin semua telah penat buat telahan……..

Dunia artis ..Kalau tak ada gosip artis tak sah,,  pasal kahwin cerai, kahwin semula.. Kutuk maki cerca hina  kemudian sayang sayang semula…
Bukan artis shj, org lain bukan artis pun ada macam tu.
Bagus lah, ikatan persaudaraan mesti terus mekar…
Oh aku tak reti nak tulis pasal artis….. Blog lain banyak yang specialise bidang ni..
Bukan apa aku risau tulisan kita kalau salah dianggap fitnah, naya diri kan…
Nak-nak dipetik sana sini…

Sukan..
Harapan harimau terbantut di tengah jalan.
Harapan badminton untuk pingat emas pertama juga terkubur.
Walaupun hampir sangat-sangat nak mengalahkan musuh nemesis namun masih tak terdaya..
“So close yet so far”..itulah boleh dirumuskan dengan sukan kita 2012.

2 comments:

  1. harap tahun ni lbh baik dari tahun sblmnya
    moga Allah permudahkan semuanya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...