Sunday, 23 December 2012

Shopping buku di BigBadWolf

Assalamualaikum bloggers and readers..

Jalan menuju ke Mines Resort city begitu sesak sekali. Dari Puchong sahaja mungkin mengambil masa dekat dua jam.
Menghampiri ke bangunan yg dituju mengecewakan aku kerana terpaksa terus ke Balakong dan buat "u-turn" untuk menghala ke Mines semula kerana susur masuk telah ditutup.

Kecewa tetapi alang dah hampiri biar terus ku masuki. Lagipun Lurvy on the way utk ke sana juga. Tak pasti untuk aku bagi " head-up" jalan mana yang patut dituju. Ikut instinct dia la mana yang ok sbb datang dari UPM. Mungkin lagi cepat sampai....

Parking juga agak sesak namun aku bernasib baik boleh parking dengan cepat

Sesampai terus ke tempat makan...mana saja yang agak lengang , boleh aja. Makanya terhenti di McD..
 Sudah dekat pukul 3...

Kemudian pergi ke Mines Convention Center, tempat sales BigBadWolf.

Target aku 12 buah .. Atleast sebulan satu buku. Tengoklah end-up "lagu" mana.

manusia dan buku..serigala sekor pun tarak

setengah title macam terlalu banyak je.. kat sana ada kat sini ada

langkah jgn tak langkah

asiya dan hasil buruan

Alamak Aisya punya ada stiker lah : Kata Danish

menuju ke Hall


kalau tak jadi beli dibiar bersepah ja... hurmm

Berpecah kami semua dan cari buku memasing. Danish join aku... tetapi...dia ni sorang lagi tak dapat..hurm
Danish nampak tempat mainan kekanak la pulak. Merengek nak masuk.. RM10 sejam. , sorang..
Plus kena pakai setokin.. Hurm.. aku ajak Aisya dan Yasmin masuk sama.. Nanti marah pulak dua beradik  ni kalau tau abg dia berjimba2 kat indoor playground tu..
Ada je kaedah organiser,
Aku nak bawak anak pilih buku ada lah pulak tempat nak alih tumpuan..

Ok lah amik positif, senang sikit aku nak bergerak.. Sejam lebih , boleh la survey banyak sikit, dah tak de org ngekor...

For a start, masuk je. Fulamak nak pergi belah mana dulu ni. Punya la banyak buku. Sana buku , sini buku..
Eh memang patutla kan.. Jualan buku.. memang banyak buku, Takkan nak banyak besen pulak..

Aku tatau mana nak start , tapi aku tak nak bawa kotak.. Setakat yang aku boleh kilik sahaja dan target 12 buah.... Endup aku beli 15 buah..

Kesemua aku buru sang serigala hari membuahkan hasil sebanyak 24 buah buku. Dengan bilangan pemburu 4 org. Buku aku paling banyak . Bernilai RM187.00 sahaja.. Satu tak sampai RM10...

Ok lah tu . nasib baik aku tak bawa kotak ..kalau tak, isinya tentu banyak..

Buku aku nampak bersepah sana sini dan dilangkahi begitu sahaja, oleh pekerja dia dan pengunjung.. Entahlah.. tapi aku tak nampak pun buku agama..

 Tapi bahagian religion ada bible, dan lain2 berkenaan their faith..Tak tau lah kalau terlangkah depa kira macam mana ( dlm agama depa lah),..

Mula-muala aku agak slow untuk pilih.. tapi bila aku start kejap ja sampai target.. Aku dan cepat tengok dalam kotak2 org dah reject, yang dah pilih tapi last minit tak jadi beli agaknya, atau yang dikumpul semula oleh pekerjanya. At least orang dah shortlisted, senang sikit aku nak pilih, ......hahahaha..

And now kena start reading.... otherwise bigbadwolf come after me...





3 comments:

  1. Amboi. Banyaknya buku. Seharian memilih tu. Boleh jadi rambang mata ni. Hehe.

    ReplyDelete
  2. oh my!!!! kalau la saya kat situ,tak tau la nak balik pkul barapa... saya ni bukan stakat ulat buku, tapi hantu buku dah ni!

    uihhhh1!!!!

    ReplyDelete
  3. melepasssss nadia, hari tu tak sempat nak pegi T__T

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...