Full House |
Itulah yang aku boleh ulas sepanjang 80 minit perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Thailand dalam perlawanan pertama separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF tahun 2012 ini. Sikap yang begitu "irritating".
Penuh theatherical. Asyik mengganggu permainan dan itu saja lagak dia. Sarcastiknya satu hal. Itu tak pasti aku pernah tengok seseorang dalam pasukan yang begitu memualkan.
Aku tak pasti adakah dia merasakan dia dibayar untuk berbuat demikian. Kalau tak buat macam dia ingat orang kata dia tak buat kerja agaknya. Asyik-asyik menunjukkan rasa tidak puas hati. Asyik-asyik komplen dengan pegawai pengadilan.
Setiap kali keputusan pengadil tak memenuhi kehendaknya beliau akan bertepuk dan menunjukkan tanda bagus ke meja pegawai pertandingan.Memerli seolah2 pengadil berat sebelah.. Hinggalah beliau dibuang padang...padang muka... kecoh ja lebih.. Itulah jurulatih pasukan Thailand. Yang ganti dia pun sama juga.. Asyik tak puas hati...Adoiii..
Huh itulah ceritanya pasal jurulatih Thailand... entah apa nama dia. Tak nak aku tulis sini..
Fuhh intro...... coach tu la punya pasal..mengganggu fokus aku kat padang
nak tulis pasal pengalaman tgk bola malam semalam sebenarnya..
Hujan dari petang. Dari rumah aku rasakan padang mesti naik air dan tanah jadi lembut. Kalau tennis' dah ditutup gelanggangdengan plastik tapi ini bola, mesti tak lah kan..
Dah prepare baju hujan untuk Danish |
Sampai saja terus masuk stadium. Beratus2 payung bergantungan di pagar pintu masuk.. Terus naik tingkat 2. Penuh!
Tunjuk Belang |
Naik tingkat atas, tingkat 3. Barulah ada ruang untuk 6 org , sederet. Dan banyak pilihan juga. Boleh la rehat kejap. Baju rasa macam lembab... tapi teruja nak menyaksikan perlawanan.
Aku rasa agak getir ujian sang Harimau Malaya. Cuak juga mengingatkan reputasi pasukan Gajah Perang ( aduh tak glamer betul nama...oppps). Ultras pulak senyap saja.. Kenapakah?
Ada sesuatu tak kenakah.. kekadang pasukan sorak ni nak protes juga kalau depa tak puas hati. Entah apa agaknya
Kemudian aku turun mencari surau. Aku lihat ada seorg lelaki mengambil wuduk dgn curahan air hujan ditangga... habis basah bahagian atas baju dia. Terus aku dapatkan plastik ais dari penjual air dan buat pancuran. Banyak sikit air terkumpul dan mengalir. Lepas tu turn dia pulak pegangu ntuk aku berwuduk.
Ramai yang bersolat berjemaah di bahagian legar tingkat 3. Begitulah semangat penyokong Malaysia.. Tentu semua mendoakan kejayaan pasukan negara...
Ketika saat penyokong masuk padang. Stadium gegak gempita terutama bahagian Ultras Malaya.
Satu kain rentang yag sangat besar direntang.. Tertulis "TUNJUK BELANG"... wow, gempakkk!!!
Detik lagu negaraku kain rentang berganti dengan JALUR GEMILANG ... Amat "organise" sekali Ultras Malaya... Mungkin mereka diam tadi kerana simpan kuku. Mungkin kerana penyokong Thaland yang sedikit dan tak perlu berbalas sorakan, berbanding pendukung Indonesia.
Aku dapat bayangkan tentu penyokong Thailand kaget dan cuak dengan sorakan penyokong Malaysia...
Aku pun rasa meremang .....
Permainan bermula dan permainan Thailand taklah selincah permainan Indonesia... Jadi aku kurang cemas... Cuma permainan ala ala TIKI TAKA sesekali mengganggu aku... Short passing Thailand agak menghiburkan... Tapi taklah mengancam sangat....sehingga habis separuh masa
Mulanya aku teka MAlaysia akan menang 1-0, namun aku akan happy jika seri 0-0...
Sebaiksaja detik kedua bermula,, dalam masa 2 minit Malaysia dihadapan..
WOW!! Bonus jika keadaan tamat macam ni..
Minit ke 75.. masih bertahan dan Thailand menekan untuk cari penyamaan. Malaysia asyik keluarkan bola dari kawasan bahaya. Thailand datang bak gajah perang, tapi berjaya Fadli dan rakan menagkis. Cemerlang sekali!!
Kemudian ada perubahan taktikal yang aku agak muyskil...
Double subs oleh K. Rajagobal. Keluarkan defende,r masukkan Safee serta Kunanlan , gantikan Gary Robbart dan Bunyamin(?). Huh... apakah diminda beliau..
Gary memang awalnya suka perlahankan permainan, waima ketika Malaysia ingin buat serangan balas. Beliau tarik bola kebelakang semula. Agak mengecewakan aku permainan dia tetapi amat sesuai ketika Malaysia mendahului.. Sepatutnya masukkan another attacking Midfielder dari all-out striker..
Tapi coach lebih arif,,, mungkin ada strategy nak perangkap Thailand.
Ahh.. mungkin 10 minit terakhir Malaysia dapat satu gol lagi..
Tetapi malang jadinya, satu gol berharga dapat disamakan oleh Thailand....
Bencana jadinya...
Apapun pemain Malaysia bermain lebih baik dari Thailand. Sgt hebat..
atau pun itulah tahap permainan Thailand. Gah sahaja di atas kertas..
Jadi Harimau mungkin boleh melepasi ujian di Thailand,, getir memang getir tapi Malaysia boleh tumbangkan "gajah perang"...
Apapun ....Ada lagi 90 minit lagi di Bangkok..erm.. ataupun 120 minit lagi jika berlanjutan masa tambahan..
Let pray hard folks.. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again