Wednesday 10 October 2012

Terjunan dari pinggiran angkasa

Assalamualaikum bloggers and readers..


Seorang penerjun berani mati  ( Fearless Felix) akan membuat terjunan yg belum pernah dilakukan oleh mana-mana manusia sebelum.

Terjunan ini jika berjaya, akan memecahkan beberapa  rekod Guiness. Antaranya ialah terjunan yang paling tinggi,  terjunan bebas yang  paling laju dan Manusia Pertama yang Melepasi Kelajuan bunyi.

Dia akan menaiki belon helium gergasi yang akan membawanya ke langit ke2 , agaknya, satu lapisan yang dipanggil stratosphere. Proses naik ke atas mengambil masa 2-3 tiga jam, manakala terjunan pula mengambil masa 15-20 minit sehingga beliau mendarat- iaitu  freefall selama 5 minit ( dimana di sinilah kelajuannya dijangka melepasi kelajuan bunyi) dan kemudiannya terapung dengan payung terjun selama 15 hingga 20 minit .
gambar wikipedia
Yang oren itu lapisan pertama
terjunan akan dilakukan dilapisan Stratosphere ( yang berwarna putih tu)

Terjunan ini dijangka meletakkan satu standard baru dimana tiada manusia yang melepasi had bunyi tanpa menggunakan kenderaan sebelum ini. Ianya juga sebagai satu ujian untuk mengkaji bagaimana manusia boleh selamat ( dgn pakaian  yang sesuai ) jika sesuatu kesulitan timbul semasa penerokaan atau “re-entry” dari angkasa dgn menaiki roket.

Risiko yang beliau akan hadapi ialah  " boiling blood dan "spinning". Boiling blood ialah apabila terdapat buih dalam darah , mungkin akibat tekanan rendah.
Spinning pula juga tak kurang bahaya..Ye lah kalau berpusing macam gasing dan dalam kelajuan yang tinggi boleh membawa kepada pengsan dan jatuh terus menghempas bumi..


update:.. terjunan di batal/ tangguh lagi sbb angin kencang...Sebelum ni pada hAri Isnin. Batal sebab teknikal. Semalam pula lebih kurang pukul 12 tgh malam waktu Malaysia, batal sbb angin kuat, mungkin boleh buat dia hilang kawalan..

Pic dari Google:

Belon Helium

pod yang akan digantung pada belon helium

Belon yang akan membawanya ke 37 km keatas.  ke lapisan Stratosphere

Countdown ,,tapi last minit batal...

MAsa training

Maybe next time

The suit..protects against extreme element

3 comments:

  1. Apa kesudahannya ye? Tak follow the story pulak :-)

    ReplyDelete
  2. Belum ada lagi cerita terbaru tentang kesudahannya. Dah takut agaknya.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...