Thursday, 11 October 2012

Lion robohkan kubu ATM

Assalamualaikum bloggers and readers..

LionsXII berjaya ke final Piala Malaysia. Tahniah dan kepada ATM perjuangan mereka berakhir di sini tahun ini. Hanya boleh menyalahkan diri sendiri sahaja kerana melepaskan peluang yang ada. Untuk lebih adil kepada Aidil, eh silap-silap, kepada ATM, sepatutnya dalam 90 minit  permainan keputusan adalah seri. Kemudian extra time...

Gigih mencari penyamaan hanya dikecewakan oleh kegopohan dan nekad yang tinggi untuk merembat dan menampan, hinggakan semua tersasar. Contohnya Hai-O menerpa untuk menampan cubaan Alex James walaupun agak jauh. Malangnya bola terkena tiang dan kembali ketengah melepasi Hai_O yang jatuh . Jiakalau Hai_o  menunggu mungkin bola jatuh ke kakinya semula. Tetapi beliau yang terjatuh dulu.
Makanya jatuhlah harapan askar2 yang datang menyokong. Itu adalah satu contoh jika/kalau/ andai kata.

Namun segalanya dah berlalu...

Pujian juga kepada penjaga gol Lion yang menepis segala asakan. Dan Baihakki yg kental mengawal Alex James...
Juga pengadil yang begitu tegas ...

Mungkin Lion boleh menjulang Piala Malaysia. Namun aku berharap Selangor atau Kelantan boleh mengekang ngauman Lion nanti.
Sesuatu yang meriah pastinya akan menanti Final nanti.. Samada Kelantan atau Selangor, atmosphere tetap sama nanti.. Tapi aku harap Selangor... hehehe.. Kelantan ni aku kurang sokong sikit...



Tak menjadi malam ni samada Alex James dan Bruno

P.s Aku tak tengok minit terakhir. Aku layan 90 +4 minit 38 saat sahaja . Dari 5 mainit masa tambahan..Tiada miracle kot. Kalau tak entry kat atas tak relevan..



Update:

BIAQ BETUL????? Miracle kah??????


 LEPAS AKU TYPE, AKU TERUS LAYAN BLOG BIAQPILA ; nak confirm.....

RESULTNYA: 5 ATM 4 LION- Penalty..




erkk ..pengsan......
Aku miss the trilll!!!!!!!! Seyes.... aku tak percaya lagi ni..

Update 2:
memang terkejut aku.. sebab memang dah sampai 5 minit kecederaan kot masa aku tutup TV...masa tu keeper Lion injured ( atau buat2 injured) . Aku rasa bila dia bangun mahu dah habis masa. Dgn kecewa aku off tv dan tidorkan anak ( bukan mama diorang tau). Sbb dari tadi ajak aku tidor....

Pastu baru update. Dgn konfidennya kata ATM kalah.

Tak puas hati aku call kawan. ....
Memang confirm!!!
ATM score minit ke 6 masa kecederaan... Huh,.. Then extra time. Seorang Lion ( ?) opppsss/... kena buang padang. Then penalty.. Then ATM menang..

Gila dramatik..... memang gila!!!!

Sib baik aku check fact balik..kalau tak entry aku memang macam org apa ja...hahaha..

Yeahhhh!!!! Tahniah ATM....



5 comments:

  1. ATM la dapat ke final.
    nik org kelate.of course nak kelate yg gi final..hehe

    ReplyDelete
  2. cehhh... terkejut aku baca intro ni... igtkn aku slah baca..ahahaha

    ReplyDelete
  3. Bola oh bola..macam2 boleh jadi...selagi ref tak tiup wisel, jgn tutup tv dulu..
    memang unik betul entry aku malam ni( aku rasa la)

    ReplyDelete
  4. tak sia2 tdo lmbt tggu akhir .. dh mcm final pulak mlm td.

    ReplyDelete
  5. Tu la .menyesal pi off tv sebelum wisel penamat...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...