Subuh tadi aku dapat sms yang sepupu sebelah Lurvy meninggal. Pak Cik Khairul Anuar yang rapat dengan keluarga kami.In fact dia memang rapat dengan ipar duai aku. Kerana dia duduk kat lembah klang ni. Yang lain ramai kat Perak i.e Ipoh danT.Intan dan sekitarnya.
Agak pilu melihat ibu meratapi pemergian puteranya. Dikala usia 23 tahun, umur yang begitu produktif. Usia yang bakal mencorakkan masa depan beliau.Namun dia tinggalkan kedua-dua ibubapa dan abg dan adik.
Lumrah alam anak yg mengkebumikan kedua org tua namun dia yang pergi dahulu.. Ajal maut di tangan Tuhan. Kembalinya ke rahmatullah akibat pejalan kaki yang melintas tanpa melihat terlebih dahulu(?), motornya melanggar pejalan kaki dan lori dari belakang melanggar kedua-dua mangsa. Tewas kedua2 nya dijalanraya . Begitulah ketetapan Ilahi. Alfatihah..........
Petikan KoSmo
Perut hancur digilis lori tanah
KUALA LUMPUR - Malang berganda.Hanya itu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan mengenai satu kemalangan yang mengorbankan dua nyawa di Jalan Cheras-Kajang menghala ke pusat bandar berhampiran Taman Midah, Cheras di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11.05 malam itu mengakibatkan Muhamad Fikri Khairol Anuar, 22, dan seorang lagi pejalan kaki yang belum dikenal pasti identitinya maut. Muhamad Fikri menunggang motosikal jenis Yamaha FZ.
Kemalangan berlaku apabila Muhamad Fikri yang merupakan juruteknik gagal mengelak lalu terlanggar lelaki warga asing tersebut yang tiba-tiba melintas di lorong kanan.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, ekoran itu, Muhamad Fikri telah hilang kawalan lalu terjatuh hingga ke lorong tengah sebelum dilenyek oleh sebuah lori membawa muatan tanah dari arah sama.
Katanya, pemandu lori itu dipercayai tidak sempat membrek untuk mengelak daripada terlanggar mangsa yang terjatuh.
"Mangsa terseret beberapa meter hingga mengakibatkan bahagian dari perut ke kaki Muhamad Fikri hancur digilis.
"Pejalan kaki itu juga maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Kita percaya kejadian berpunca apabila pejalan kaki tersebut tidak menggunakan jejantas untuk melintas di jalan yang agak sibuk itu," katanya.
Ya Allah, sedihnya baca :'(
ReplyDeleteSalam takziah ye
Thanks.. sudah suratan dan takdir..
ReplyDelete