Wednesday 31 October 2012

Beef with Smoked onion sauce

Assalamualaikum bloggers and readers..


:)

Hari ni aku ada mood untuk  buat experiment di dapur.
Setelah melihat satu programme kat Food Channel ,,ala sempoi sahaja
Rasa boleh cuba.. Simple mimple ja masaknya.
So petang tadi nak surprise Lurvy yang on the way home...dari kuliah..


Aku pun masak..
Atau sebenarnya aku ber-eksperimen:

Daging Stim bersama sayur dan bersos-mayonis-bawang-yang-diasapkan.

Huh..lupakan tajuk yang panjang sebab aku tak tau kaedah apa aku masak.. Stim ke rebus.
Tapi hasilnya superb!!!

Superb macam kawan aku,, Yob Man punya teh tarik!!


Ok sebelum aku lupa:
Ni bahan-bahannya.. (eh betul la ni..bukan main2. Jadik la.. Ni ha gambar dia..)

500 daging korban. Kalau tak ada,  daging tak korban pun boleh
Capsicum 1 biji.
Carrot sederhana 2 batang
Bawang Holland 3-4 biji (?) 
Garam
Air ( Air ? nak kena tulis juga ker).
Perencah ayam( stok ayam ) 2 sudu. Aku guna Knoor punya

Untuk sos:
Mayonis 70 g
Bawang holland 2


Sedia dimakan.

Cara aku masak:

Rebus daging yang dipotong lebih kurang suku inci tebal.. Lebar  tak kisah .
Air memenuhi daging sahaja..
Masukkan garam secukup rasa
lepas dua tiga minit masukkan bawang holland, capsicum dan carrot ke atas daging tadi.
Masuk perencah ayam knoor 2 sudu
Tutup periuk...
Teruskan merebus hingga hampir kering airnya.
Tambah air kalau perlu..

bila daging sudah empuk..kira dah siap la tu
pastikan ada air rebusan sedikit dalam setengah cawan ( utk sos)



untuk sos..

Asapkan 2 biji bawang yang dipotong..
Kalau kat kampung guna sabut.
Kat sini guna oven .. macam bakar gitu.

Bila dah masak bawang tu.. potong kecik2
Masukkan kedalam blender.
Tambahkan air rebusan daging tadi.
Masukkan mayonis.
Kisar semua bahan..
(namun jangan sampai hancur bawang tu. Biar ada texture dia..)

Sos mayonis bawang diasapkan boleh dicicah atau dibanjirkan (huh bahasa aku) keatas daging dan sayur tadi ( seperti foto )

Sos mayonis bersama bawang diasapkan.... nampak tak texture bawang tu..


3 comments:

  1. fuuhh,balik dr kuliah,,penat2letih2.
    surprise daging stim korban,mamblas,huu2x.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.bertuahnya isteri dpt suami rajin masak :)

    ReplyDelete
  3. Thnks you Zan.

    Nik Ros... ala , campak2 je.. laki-laki masak kan tau je lah..tapi jadik la seperti yang diharapkan

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...