Friday 20 April 2012

Kesilapan dulu kesannya sekarang....

20.4.2012
 "Kasi bayarlah..."
"Dah buat hutang , tanak bayar pulak. Apa punya orang. Sampai berdemo/ berkampung kat dataran bagai"

"Kerajaan patut boleh kasi pendidikan percuma. Ni semua nak untungkan kroni"

 "Semua ni membebankan. Pelajar belum apa2 dah tanggung beban"

Kata-kata yg didengar sana sini Ini isu Ptptn... Dari singkatannya pun dah tau serabut. Nak sebut pun susah.

Dan sekarang dah jadi isu..

My thought:

Secara amnya, makala (kata org kedah= jikalau) kita berhutang, kita kena bayar. Itu syarat utama. Apapun kalau nak buat, yang hutang tetap hutang. Jadi kasi bayarlah!!!

 Lagi mau bising... Ok ok..ada org tak puas hati... Sebenarnya aku pun tak paham. Tak interview pun mereka-mereka yang terlibat
Yang pasti semua org gumbira kalau hutang tak payah bayar. termasuk aku... Kalaulah boleh.

 Kalau boleh hapus. moleklah... Tapi kalau dah buat perjanjian berhutang bayor lah dulu. Nama pun perjanjian. Manusia di pegang pada janji...

PTPTN ni menyebabkan ramai org ( anak muda) menanggung hutang. Dulu, banyak kolej swasta mengiklankan " Pinjaman PTPTN diuruskan" untuk menggalakkan lepasan SPM masuk kolej tersebut.

Akibatnya kursus yang dipilih bukan sebab keperluan tapi kelayakan PTPTN.... Pinjaman yang bertujuan meringankan beban mereka yang mampu. ( Yang tak mampu patutnya dapat biasiswa).

Lepas diploma kerja tak dapat-dapat akibat kursus tak sesuai. Statistik menunjukkan beribu-ribu lepas nursing tak dapat kerja.. Salah sapa???... Awat dok offer kalau bukan keperluan negara.

Tak pa Pinjaman boleh diuruskan... Ingatlah masalah sekarang berpunca dari perbuatan bertahun2 lalu... Fikirkan lah!!!!!

p.s. Hutang rumah dan kereta boleh kasi hapus tak???tolon... tolon ..tolon....

p.s2. Tapi kerajaan mungkin mampu untuk membiaya kos pendidikan. ye  tak?

4 comments:

  1. erm..btol la..dah pandai pinjam..pandai la bayar kan..

    ReplyDelete
  2. bila dah pinjam..maksudnya dah janji nak bayar balik...kalau tak nak byr balik..jangan pinjam..hehehe

    ReplyDelete
  3. mahasiswa minta pendidikan percuma.hal ptptn tu kena la bayar.sebab dah pinjam kan.cuma tak perlu la buat caj perkhidmatan tu :)

    ReplyDelete
  4. dulu..biasiswa utk mereka yg tak berkemampuan.....

    sekarang... biasiswa untuk mereka yg dari golongan berkemampuan.... camne tuh?...hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...