Monday, 9 April 2012

Jangan jadi "mamat-cadangan-ditutup"...



Assalam...


Baru sampai rumah..pukul dua pagi...


Tadi dalam kereta dapat sms. "Abg bila nak balik"

Aku terus call " Dah nak sampai rumah Azam, nak hantar dia kejap."


Lurvy: "Lamanya"

"Biasalah lelaki buat kerja. Pastu g minum. Pastu layan bola kejap."

Oh!!! Arsenal main cemerlang pulak malam tadi. Kalah MCity..Adoiii..


Congrats MU!!!

Siang tadi ajak En Azam pergi pasang lampu and kipas kat rumah. Setelah tertangguh sekian lama. Baru lah terang sikit, tapi, banyak benda lagi perlu dibuat...
Tak pa lah pelan pelan kayuh..

Ni sampai rumah dah tak leh nak tido..apa lagi layan blog lah...

Siangnya ada mesyuarat kat tempat aku . Sebelum tu nak g tau yang aku tak kisah dan menerima shj keputusan mesyuarat. Cuma budaya kita dalam mesyuarat kot yang aku nak komen.
Iaitu isu org yang dok usul menutup cadangan dengan terlalu pantas!

Maksud aku, dalam mesyuarat yang aku hadiri lah. Asal dapat satu pencalonan ada saja kutu ni asyik nak tutup sahaja cadangan tu, maksud aku org yang asyik dok cakap " saya mencadangkan cadangan ditutup"

Itu saja usul dan cadangan dia, tak dak cadangan lain.

Ni tak kata sapa-sapa, cuma aku memerhati dan aku memblog. Bukan maksud aku meeting tadi sehingga aku memblog isu ni. Aku tak ada kepentingan dan tak kisah pun. Sebab tu aku tak timbulkan isu ni masa meeting tadi.

Cuma ni budaya "kalut" nak sudah cepat ni pasai apa? Biar lah berhemah sikit dan sabar sikit...

Bagi la org lain kemukakan calonan, kalau adalah. Apa salahnya bagi peluang org lain pulak, kalau nak tutup pun, tunggu seminit sat,, lepas tu,kalau semua org pak hangguk dan terima saja cadanagn semua baru lah pengerusi kata :"kalau tak ada siapa yang di calonkan ,saya ingin dengar cadangan untuk tutuplah.."

Ini tak, naik nama sorang. Terus ada mamat cakap: saya cadangkan cadangan ditutup! Pak Mael lambung yang nak angkat tangan terus tak jadi. Yang lain pulak jerit " Setujuuuuu!!!'

Eish... awat yang kalut sangat ni....

Kalau aku jadi pengerusi aku "ban" lah Cadangan untuk menutup pencalonan. Sabaq la sat... Bagi lah peluang kat org lain .jangan lah jadi "mat cadangan di tutup". Kalau betul2 org lain pun tak dak nak calon lagi , dalam setengah minit. Bukannya nya lama setengah minit atau seminit sat to'makninah, kot2 la ada org nak bersuara lagi... Barulah aku cadangkan sesiapa boleh usulkan cadangan ditutup.

Dan-la-sat (bak kata orghang Kedah).... jgn dok kalut sangat. Maaf, ini tak ada kena mengena dengan mesyuarat yang anda hadiri. Mungkin mesyuarat yang selalu aku hadiri sahaja...Itulah kebanyakkan dan aku terpanggil utk memblog... lagipun tak leh tidoq lagi... nak mengomen saja. ( baca elok-elok, megomen ye)..semua tak kena...kahkahkah.

sekian adanya..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...