Thursday 26 April 2012

Tabung Along, comei la pulak...

Sapa nak!????

ok lah .. ni nak bagi tau, walaupun lambat, tapi nak share jugak. Kan sekarang berlangsung Minggu Saham Amanah Malaysia, di mana pameran tengah berlansung di Sabah nun... Jadi untuk rakan-rakan blogger or reader kat Sabah boleh la pergi.. Untuk maklumat lanjut klik link di SINI...

Oh , yang Along ni pulak ialah promosi untuk bapak-bapak, ibu ibu ( opps Indo la pulak...) , ok ok ok ok....untuk abah, ayah, umi , mama, mummy, babah yang membuka akaun pelaburan anak-anak di kaunter pejabat ASNB. ( kalau di bank, tak pasti ada ke tak...)

Aku dah dapat., bila bukak akaun kat kaunter utama ASNB Jalan Tun RAzak ..jadi nampak comei la pulak. Jadi nak kongsi sini..

Sapa yang nak mendapatkan, mungkin boleh ke kaunter ASNB dan bukak akaun pelaburan untuk anak. Macam biasala kot, selagi stok masih ada.. Kalau tak ada pun boleh simpankan wang untuk masa depan anak2.

Apa pun kalau ada tabung cam gini barulah anak-anak ada motivasi nak masukkan duit dalam tabung kot...

Kan kan kan...







No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...