Tuesday 2 August 2011

Ramadan: Hari 2, hari yang menarik. Aku menang peraduan!




Assalamualaikum...

Jap jap,...
aku masih teruja..


Alhamdulillah.
Masih tak percaya. Masih berharap bukan mimpi. Tidak, janganlah itu panggilan hangit. Harap semua benar, tiada yang tidak benar, melainkan benar sahaja.

Oh. Apa ni , cuba habqa mai..

Ok, yang ini part last-lastlah, kalau dalam drama bersiri, ni yang episod 2nd last kot.

Tadi..

1 jam 15 minit yang lalu.


Dalam perjalanan balik dari Melaka, sambil merisaukan anak-anak di nursery dah balik umah ke belum.

Aku, sambil meletakkan hp :"Yess,, abang menang RMxx,000 . Voucher penginapan di xxxxx"

Lurvy :" Ye ke, entah-entah nak tipu abg ni. Bukan boleh percaya. Banyak cerita yang itu ini lah"
Aku : "Percayalah. Abg pun taknak percaya. Eh macam tak percaya, tapi cubalah untuk percaya"

Wink-wink. Serious kali ni aku percaya.. Bukan macam cerita pompuan ni nak try aku

Lurvy masih lagi sceptical.." Dah dah , tu stesen petronas Bangi, jum singgah. "

Singgah solat jap situ...

Ok korang semua kalau nak tau apakah yang berlaku... Aku rewind jap.....(**&*&gk*&^^#$#%;*&*****) buat-buat rewind ala Nabil.

7 minit sebelum itu, ...aku terima panggilan dari ***. Dalam keadaan yang tadi,seperti kat atas iaitu, merisaukan angah yang pergi amik Yasmin dan Aisya dari nursery.

Tadi, seorang wanita telah menalifon aku.

Ok ok tak sabar nye...



..ni cerita dia:

Dia bertanyakan berapa soklan, dan aku dengan pantasnya menjawab dengan yakinnya...< Ok ..ok ,tak sabar nak tau yer.. oklah, aku nak pendekkanlah yang panjang-panjang,... last sekali dia umumkan:. TAHNIAH ENCIK...I now declare that you have won the prize worth RMxx,000 .. (macam tu la kot ucapan dari dia)
Aku menjerit dalam hati, tak macam Kl menjerit tu....Alhamdulillah...

Kat sini aku potong..:" Wow, are YOU saying that i have won RMxx,000?????" ( aku rasa itulah kot reaksi dibawah sedar aku.. )



Dia: "Not RMxx,000 but voucher worth that amount.."
ok ,, but still,,,,Wow..wow...wow...



Ok sambung lepas ni.... Dekat nak berbuka..... Nak tolong Lurvy menghidang makanan yang dimasak..(oleh makcik gerai tadi)

Nota: Cerita ini benar dan aku rahsiakan dulu detailnya.... Kalau tak benar pun aku masih teruja sbb ada bahan nak blogging malam ni..Tapi aku yakin...jeng jeng...


12.00 mlm..Tambahan..

Huh, tak kusyuk solat dan terawih aku tadi. Dugaan betul, asyik memikirkan kemenangan yang disangka-sangka ni.. Cuba fokus kat solat,,otak pi ke sini juga.. Tu la kan Allah hantar ujian sikit dah otak melalut tak ingat Dia.. Dugaan dugaan....Ok sambung balik..

Balik umah selepas terawih. Surf wsite peraduan tu.. Dah tutup pun . Ye lah kemenangan pun dah dimaklumkan kan... Check detail-detail bagai..



Confirm!




Aku ni agak details jugak bab2 scam ni dan ini adalah bukan scam.

So aku decide aku kena padam maklumat pasal panggilan kepada aku tadi. Aku pun edit balik nama bank yang buat contest..oopsss... hehehe dari bank ye?.dan hadiahnya.



Demi menghormati penganjur dan sponsor.. lepas dapat surat akan dicerita lagi..
Biarlah depa umum dulu bila dan bagaimana nak ambil hadiah..

3 comments:

  1. tunggu je la mane tau betul-betul menang kan..tuah manusia rape yang tau

    ReplyDelete
  2. tahniah :) dah jawab soalan pasal africa tu.. tapi tak detail sangat..

    ReplyDelete
  3. tahniah!~ boleh ar join G.A sy plak,..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...