Monday 1 August 2011

Ramadan Hari 1




Salam 2 ramadhan..... Semalam aku ucap salam 1 Ramadhan kat kawan-kawan, pembaca blog serta pelawat ( eh ada ker org dok baca blog aku ni..keh kehe keh) dan geng blogger semua. Bukan 1 Malaysia yer.. 1 Ramadhan!

Amazing bukan?, memang menakjubkan! Kalau sebelum bulan puasa kalau tak sarapan pepagi, memang tak sabar nak tunggu waktu lunch atau pergi tapau makanan untuk brunch. tetapi bulan Ramadan keajaiban berlaku dan dengan selambanya boleh menempuh dugaan. Betul tak? Memang betul kan...

Tadi berbuka dengan semua famili . Cukup korum walaupun 3 org tu masih kecik sibuk nak berbuka kali ke4 hari ni. Entah ke 4 5 ke 6 kami pun tak tau.. Esok cuti, menghantar Along ke asrama... Kena tunggu dekat raya lah baru penuh semula.

Oh.. rindu pulak masakan mak.. Arwah mak selalunya sibuk bulan puasa macam ni.Tapi tenang saja, aku tak pernah perasan pun dia sibuk masa tu..sampaila semenjak dua menjak ni, bila aku bertungkus lumus melihat Lurvy bertungkus lumus mengelola keadaan kat rumah. Tanpa maid and with 6 or 7 children. Bergantung pada keadaan dan masa. Tunggu la korang ada anak baru tau betapa busynya bulan2 puasa. Betul tak bLurvy???

Kegembiraan org berpuasa ialah semasa berbuka dan semasa bertemu Maha Pencipta. Yang pertama tu dah lalui. Yang kedua tu memang la gerun... Moga Allah mengerti perjalanan hidup ini. Kita nak Allah sahaja mengerti. Adakah aku mengerti kehendak dan tuntutanNya. Oh...
Kalau satu soalan macam ni sahaja ramai yang gagal/fail.


Soklan berbunyi macam ni. Dengar yer soklan kuiz: Berapa banyakkan sedekah kamu kepada kepada Amende Krishnan berbanding kepada ummah dan jalanNya. Oh tidak, oh bulan, oh-em-gee! Haris Iskandar kata O-M-D, oh mak datuk..
Itu contohnya..contoh... banyak soalan cepumas lain


Paham tak soklan tu.??. Pahamkanlah..



Cer amik calculator dan kira,,, cer cer cer...Oh tak berani tekan? lagi senang pakai excel kali berapa tahun? ade bayar zakat macam tu..???


Pikir pikir kan dan pikir pikirkan sehingga berani muhasabah diri.... oh hinanya kita kan...

Namun rezeki tetap sampai. Tenang saja sedut oksigen tanpa rasa bersalah pun..tambah power tenang saja sedut nikotin..


Contohnya: Tadi ada orang kasi bubur lambuk, air zam zam dan kurma dari gurun emas. entah dari mana gurun emas tu. Cantik bekasnya.. Sayang nak buka bungkusannya.. Dah buka pun..Kurma halus ja.. Aku ckp kurma Ajwa?Kurma Nabi! Lurvy kata bukanlah..Mariami kot.... bukan lah..Mariami keras dan kenyal..dok berdebat, hingga terlupa ucap ...Alhamdulillah..Jazakallah.


Nota tambahan: Aku. kamu . kita. merujuk kepada aku. Tak ade kena mengena dengan pembaca. (tu pun kalau ada pembaca..heheheh)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...