Friday 12 August 2011

Ada ka patut.., disaran berbuka di sini

Apa ni.??. Macam mana boleh jadi macam ni. Nak kata tak paham isu ni memang pelik. Nak kata tak perasan, mungkin kot. Tetapi ni lah yang sensitive nih. Ada ka patut? Kalau Jais pi check cubaan ( dibaca: pujukan, pengenalan, penceritaan. bantuan) oleh pihak gereja ke atas beberapa individu Islam, boleh dikatakan tindakan tak sensitive/tak patut oleh media dan sbgnya. Walaupun telah jelas dalam undang2 bahawa tidak dibenarkan memujuk org Islam murtad. Sama ada pujukan/cubaan tu dibuat ke tidak masih dalam sisatan. Jais nak pi check saja betul ke idak. Keputusan siaatan lepas raya…

Huish,, sensitive seantero Tanah Melayu. Jais itu dan ini. Ada yang sokong ada yang bankang...Ada yg kata ini, ada yang kata itu. Sensitifnyaa kan.. Depa sahaja sensitive. Kita nak sensitive tak boleh. Tapi Alhamdulillah, rakyat Malaysia umat Islam, bangsa Melayu ni memang sabar. Adalah melenting dua tiga org tapi keseluhurannya tenang.

Ni apa cerita bro?? Pasal shoutbox lagi ker?? Ye tak ye jugak. Dok bebel apa nihhh?

Ni ha pasal promosi Ramadan delight oeh The star.


Kalau bulan Ramadan depa paham cerita pasal makan-makan shj. Tak pa lah dah paper kapiaq. Makanya di promote kan:

"Anda semua susah nak cari tempat berbuka, tak pa ,,kami ada senarai pendek untuk anda ? "Ni sisipannya..




















Tengok punya tengok…

Kat sini pun boleh pergi.. mesti try… erkkkkk! Tak paham bahasa ke aper..ada ke suruh try babi Tak perihatin dan tak sensitif betullah!

(gambar must try: The Mongolian pork rib)







Memang nak kena WTF la paper ni..
BAru datang Malaysia ke dah memang rakyat Malaysia..Atau buat2 tak paham pasal Islam???




Oh tak boleh cakap yer…?? Depa saja boleh..Kita kena sabaq .oh ok ok..bulan posa. ok o k tak cakap..






Update:
KDN bertindak terhadap The Star ekoran resipi khinzir dalam sisipan Ramadan
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, dalam sisipan kelmarin, akhbar itu telah menyiarkan atikel bertajuk Ramadan Delights yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.
Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.
"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk Ramadan Delights itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan di sini semalam


5 comments:

  1. for me, Zwan sokong tindakan JAIS sebab depa buat tu pown ikut procedure.. lagipown, Mencegah itu kan lebih baik daripada merawat.. ;)

    Btw, terliur la tgk makanan tuu.. dala baru pukoi 11 am.. HUHU

    MySuaraBlog: Bible Di Link Blog Anda

    ReplyDelete
  2. hr ni baca NST.. column kecik.. the star dh mtk maaf ngn ketakpekaan mereka.. derang ckp diorg taruk je dr advertiser tanpa check betoi2... so.. maybe editor the star kne giatkan lg proof read sblm cetak paper.. bacalah lam 10 kali ke.. 20 kali ker? dr muka depan, iklan2.. smpaila muka akhir.... kott? huhuhu..

    ReplyDelete
  3. ape nak jadi la dengan musuh2 islam ni. Ayuh kita sume mantapkan keimanan di bulan ramadhan dan bulan2 lain juga...

    ReplyDelete
  4. kuatkan kesabarn!!!!kita kne hindarkan:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...