Monday 18 June 2012
You are great!!!
Blog ini... sebenarnya ingin meluah apa yang terasa, (dengan harapan tiada yang terasa). Berkongsi perasaan ( minta jauhi dari sikap perasan), bercerita tentang kehidupan ( serta kematian). Terkadang penulisan melampaui sempadan realiti kerana banyak berfantasi namun banyak juga didisi dengan realiti...
Terima kasih kerana membaca kerana mulanya sekadar catatan peribadi namun terdetik juga untuk dikongsi. Maaf kiranya terkebetulan dengan kehidupan org lain..,
Berbanding facebook sebenarnya blog lebih disukai oleh aku..
Oklah terluah perasaan la pulak. Mungkin kerana teringat sahabat aku berkata : "aku teringin nak pergi Jepun macam hang, Cantik tengok gambar kat sana "
Sahabat aku yang sakit Muscular Distrophy.
Uh, sentimental pulak aku...
Facebook: Apa yang post semua friend boleh nampak ( kalau tak filter).
Blog: Kalau nak baca baca lah...tak keluar secara automatic.
Anyway... thnk kerana ramai juga follower walaupun bukan itu yang dicari pada asalnya. Dan visitor pun beribu-ribu lemon ...( did i mention in a month,?? not a day tau). Hahaha, sebulan bolehla..
Walaupun seorg pun yang datang ( ter"datang")sehari pun kira ok apa..Ter"google" ke apa ker..
Tak sengaja kan....
Ok-: Now back to the entry..
In life, kita selalu thrive untuk lebih baik. Ada iltizam, ada kemampuan. Cuma tak terbuat. Kenapa?
Ada tu kekekadang selalu kita nak asyik salahkan orang. Atau asyik komplen diri sendiri. Kenapa aku tak bijak, cerdik, cantik, pandai kaya dan segala apa macam lagi. Ataupun dok salahkan org lain yang menjadi punca (konon-kononnya) kita jadi macam ni?
Semua dah tau kan, kalau kita tunjuk (dengan gaya pistol gitu) atau salahkan org. Satu tunjukkan kat org, 3 tunjuk kat kita, satu tunjuk kat atas.
Simbol tu simboliknya bermakna kit kata org salahh, banyak lagi salah kat kita dan juga kita salahkan Tuhan.
Sebenarnya Allah menjadikan kita tu sempurna.. perfect! Penuh dengan ciri-ciri yang hebat. And only one us in this world.. in HIS world, HIS universe. Bererti tak ada dua. Tak ada replicate atau copy atau cetak rompak .. Tarak..nilch..
Only one you.. and one me. Kalau pelukis punya karya tu kira masterpiece lah..
Tapi Allah punya ciptaan, tak boleh bandinglah, beyond comparison,, More than masterpiecelah kita ni.. Tak leh nak describe macam mana. Allah Maha Berkuasa.
( Untuk elak menyekutukan Allah,... nauzubillah).
So , ciptaan hebat dari Yang Maha Hebat,,itulah kita..
Stop complaining because you are the great already...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again