Sunday 10 June 2012

Catatan untuk sahabatku, Faizal...

"Aku ni macam bateri yang kong" Terngiang-ngiang lagi suara sahabat aku.

Masa aku balik kampung akutak plan pun nak singgah ke Ipoh. Tetapi sampai bukit beruntung, aku teringat sahabat aku yang sakit. Tetiba aku sebak..
"Jom singgah jumpa Faizal kejap. Apa cerita dia sekarang ni."

Faizal mengidap penyakit Muscular dystrophy. Aku tak boleh bayangkan fizikal dia semasa mula-mula tengok foto. Terlalu kurus dan cengkung.

"Jan, aku ni mcm bateri yang kong" Ungkap beliau sambil mata bergenang air mata. Aku cuba menahan kesedihan sambil mengangkat anaknya yang berusia 8 bulan.

"Aku guna muscle aku ni mana yang ada saja. Kalau habis, aku pun tak dak la. Tisu otot aku tak boleh ganti.. Err macam bateri rosak. Tak boleh recharge. Dok guna apa yang ada saja

Aku terkedu dan tak tau nak kata apa. Teringat aku kata2 Muhammad Ali:
" He gaves me a disease to show us that HE is the greatest and not me" Seorang juara yang begitu perkasa akhirnya kena penyakit Parkinson, kalau tak silap.

Tapi sahabat aku bukan seorang yang terkenal. Dan tak pernah berasa dia hebat pun. Tapi natijahnya sama. Kita, manusia ni memang lemah sangat. Yang maha ESa yang paling gagah.

Hanya badan tak boleh convert protien jadi tisu, kita dah tak boleh nak buat apa. Kita boleh baiki memacam barang dalam dunia. Roket, Space station pun manusia boleh repair, tapi yang dalam badan kita sendiri kita tak boleh nak baiki. Sebab, badan kita bukan milik kita. Kita diciptakan dan bukan mencipta seperti kita buat kereta dan sebagainya.

Apabila anggota badan berhenti berfungsi, ataupun tak mau berfungsi, kita punah...

Tapi Faizal, aku kagum dengan semangat kau. Perumpaan bateri kong menunjukkan kau pasrah serta semangat kau yang jitu untuk terus berusaha. Dan benar kata kau bahawa setiap redhanya kita keatas ujianNya, pasti memberikan pahala yang bukan sedikit.
Aku tak tentu dapat menerima keadaan seperti itu. Aku tak pasti..

Yang pasti Dia boleh memberikan nikmat dan menariknya bila-bila masa sahaja..

Bertabahlah...

2 comments:

  1. tak semua orang akan di uji perkara yang sama dan kita kena ingat setiap ujian yang di berikan semestinya ada hikmah di sebaliknya. Allah hanya akan menguji hambanya yang mampu untuk menghadapinya dan ALLAh tahu sahabat saudara mampu. semoga beliau menjadi lebih tabah

    ReplyDelete
  2. tak semua orang akan di uji perkara yang sama dan kita kena ingat setiap ujian yang di berikan semestinya ada hikmah di sebaliknya. Allah hanya akan menguji hambanya yang mampu untuk menghadapinya dan ALLAh tahu sahabat saudara mampu. semoga beliau menjadi lebih tabah

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...