Thursday 14 June 2012

Makan-Makan: Kaw Kaw Burger Bakar

Semenjak keluar dalam paper, aku berkira-kira bilalah agaknya akan ke Wangsa Maju untuk mencuba. Keterujaan agak terbantut sebab mengenangkan kena tunggu sampai 3 jam, mengikut laporan akhbarlah.

Tetapi , dia yang ku cari , rupa-rupanya ada disini. Dekat saja dengan rumah aku!! Tak payah pergi jauh-jauh....

Itupun secara kebetulan, ada sepasang couple Cina tersesat barat sampai depan rumah nak cari burger bakar kat puchong. Aku blur,, eh ada ker.
Dia siap keluarkan GPS ke Google( aku tak lah tengok betul2 dari hp dia), tapi aku memang tak tau. Sib jiran aku keluar juga dan tahu pulak dia. Oohh itu tempat ka..ada sana tu??? Memang ramai org beratur, You tatau ka...
Memang aku tak tau..

Maka mlm tadi pergi survey. Dapat nombor 54. Tak tau la lama ke nak tunggu ke tak. Cuak jugak. Depan ada 3 org ja. Mungkin duduk kat meja yg tersedia.
Tapi dia suruh tunggu ja kat situ disebabkan aku nak bungkus, dapat terus. Yang lain makan kat food court tu agaknya. Nama tempat tu LOKAS MAKAN. Kenapa,? jangan tanya aku. Bahasa minang agaknyoooo..
Eh meleret la pulak..

Ni ha cerita burger yang makin popular sekarang ni. Dok trending di mana-mana ( ye ker?)

Hasilnya. Fuh, memang lazat!!! Dah lama tak raza kelazatan macam ni. MAcam nikmat first time. err first time makan burger McDonald dulu-dulu. Ye lah berbanding dengan burger tepi jalan. Macam tu lah perbandingannya , secara relative setelah dok makan dan rasa MCDonald. JAdi ini memang kelainan rasanya. Ok lupakanbab first time tu yek.

Keterangan gambarlah pulak:

Ni burger cheese slice kalau tak silap, namanya bermula dari basic sampai cheezzy2 camtu. Aku order ikut gambar je.

Harga RM10.50 untuk satu keping daging. Kalau 2 keping (double) RM16.00, boleh la susun sebanyak mana nak kot.

Kat menu tu hanya tunjuk 4 keping yang bertindan saja. Nak susun 10 tingkat pun boleh rasanya...

Memang sedap... cheesy source yg banyak, meleleh gitu. Dengan daging ( meat patty) yang tebal dan di bakar.. Amat digalakkan untuk mencuba. Harga bermula Rm8.50 keatas.

Memang tebal dan aku suggest belilah yang double (RM16.00) atau triple dan kemudian kongsi....

Kalau sebiji macam kat bawah ni budak2 memang tak leh habis...dewasa boleh la kot sambil dapat hadiah percuma " colestrol"...kah kah kah.
Ayat tu yg boleh menghalang aku pergi kerap...





oh lupa lak.. Tempat dia Jalan Puchong Utama 13/1

tanya org: Puchong Court 2,

Google map:http://goo.gl/maps/BkHn

2 comments:

  1. dh byk kali rsa kuar dkt tv nie...nmpk sdap

    ReplyDelete
  2. ye ke...memang sedap, tapi jgn makan selalu..sangat heavy

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...