Sunday, 3 June 2012

Sib baik aku cool...

Cool ok... Org yang gagah sebenarnya ialah orng yang boleh menahan amarahnya. Itu ja nak kena ingat...

Kira sekarang ni aku begitu tenang setenang org yang santai sambil minum kopi dari "coffee maker" free alhasil hadiah dinner tempohari. Tak pernah terfikir nak guna coffee maker pun sebab kalau dok minum pun coffee kacau gula gedik-gedik dengan sudu. A'a dok kacau gula tu seolah-olah gedik gedik la...Eh apa aku ni! Karang marah pulak mereka yang gedixs...

Tadi alkisahnya aku membawa beskal anak aku dari kedai basikal. Malas nak ejas dalm kereta aku, maka aku decide untuk menunggang ke rumah.. OMD ( oh mak datukk) jauhnya aku rasa jarak kedai ke rumah. Tapi dah decide nak naik basikal..boleh lah execise sekali.. Hahaha.. padan muka aku.

Siap boleh berenti pekena air kelapa dulu...dan kena tegur dgn member yg dok jual air kelapa tu. Kawan baru dok asah parang.
" Awal hari abg pekena kelapa"
" Mau nya tak awal, macam nak tercabut kepala lutut ..ni ha"

Itu intronya.. yang kisah sebenarnya:

Sampai sahaja kawasan rumah aku ada jiran yang membawa anjing utk "do the business". Rumah dia row lain dan agak jauhla...
Aku pun tegur la elok2. Jangan biar anjing tu melepas merata. Kat kawasan depan rumah org tu. Aku pun dgn berhemahlah sbb bukan depan rumah aku.

Dia boleh jawab " You bo..h ker.. Anjing mana lah tau"
Oit,, dia tersentap la pulak.
Macam mana nak handle ni. ??Ikut tahap kesyaitanan memang dah kena dah India. Kecik ja aku tengok.

Tapi ikut iman yang tipis ni, aku cool.

Aku jawab " Sebab itulah saya cakap dgn you, you tau kan. Sbb anjing tak paham. I cakap dengan org paham. So better jgn buat macam ni dekat depan rumah org. Kalau nak bagi anjing tu settle depan rumah you lah"

Dia jawab balik" Anjing mana lah tau. Ikut suka dia la... Anjing mana reti"

Oh man.. Ingat anjing saja tak reti. Rupanya dia lagi tak reti dari anjing rupanya...

Itupun mau kata aku bodoh...

But i m cool man...Now i know who is the dog!

I rest my case...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...