Monday 16 July 2018

Selfie sipi 14.7.2018 : Mendaki Gunung Datok



Sejuk dan damai di puncak. Segala penat lelah berbaloi.

Mengalah sebelum cuba?

Hari Sabtu
5.00 am.
Jam penggera dari telefonku berteriak. 

Aku bangun perlahan-lahan. Hari Sabtu, kalau boleh disambung tidur sedikit lagi kan bagus. Ada kira-kira 45 minit sebelum azan nih. Boleh lah selelap dua, argh..bisikan nafsu tidur yang tak pernah cukup.

Hari ni perlu berkumpul 6.30 pagi, bertolak dari pejabat ke Gunung Datok, Rembau dijadualkan tepat pada masanya. Sebab pergi berkumpulan, masa perlu ditepati.

Aku bangun, kiranya amat susah nak bangun pagi ni. Berdiri di birai katil aku rasa macam nak terjatuh.

Apakah yang berlaku?

Tak pernah pernah aku kepeningan bila bangun awal pagi.

Aku duduk semula, mungkin perasaan saja kot.
Bangun dan rasa sama. Ah, sudah!. 

Pagi ini lah pula. Bila ada program, rasa pening

Aku duduk. Keriukan katil buatkan Lurvy tersedar. Mungkin aku henyak katil secara tetiba..

"Kenapa bang" tanya Lurvy.
*Entah, rasa macam pening tapi ok kot." Aku tak nak Lurvy risau...

Sebab makan durian petang semalam?
Sebab tak makan malam?
Pertanyaan menerpa fikiran aku.

*Abang turun kejap. Panaskan air.
Kataku sambil bangun dan berjalan perlahan-lahan.


Aku pun turun. Masih rasa pening dan tak sedap badan. Seram sejuk dan nak muntah pun ada. 

"Lurvy pregnant ke apa ni, sampai aku yang terkesan?"
Pertanyaan lain pulak menerjah.
Huishhh,...ke situ pulak.

Aku masak air. Buat teh, makan sekeping roti. Makan paracetamol..
Masih mual, dan sakit perut. Masih ada..

That's it..!!

Aku tak boleh berisikokan diri memanjat gunung. Mudaratnya mungkin lebih dari kebaikan.
Aku kena call organiser dan bagitau aku tak sihat.

Tapi ....tunggu subuh dulu,  baru decide.
Subuh rancangnya nak solat kat ofis tapi tak berdaya nak pergi awal-awal.

Apapun aku kena siap dulu. Mana tahu pening-pening nanti akan hilang.

Mandi. Siap siap turunkan beg juga. Kemudian azan. Solat subuh.

Nak pergi ke tak?
Nak pergi ke tak?
Aku masih belum berkeputusan..

Kalau nak pergi, kena cepat. Jarak agak jauh.

Keputusannya.... pergi!

Lurvy kata kalau tak sihat tak payah pi.

Takpe abang cuba.. 


Kalau aku boleh memandu sampai ofis maknanya aku ok. 
So aku pun memecut laju ke ofis. 6.23 am selamat sampai.
Rasa badan dah ok. Mungkin kesan panadol semasa minum teh tadi. 

Ok set... 
Boleh teruskan rancangan...

885 meter ketinggian

Gunung Dato terletak di Rembau N.Sembilan mungkin sudah menjadi tempat lazim pendaki amatur. Pendaki yang telah tegar pun sudah lama dan berkali2 mendaki. 










Gunung Datok ni kata ornang  senang saja treknya. Trek jelas dan ambil masa sejam hingga dua jam saja nak sampai puncak.

 Inilah info  kalau tanya mereka yang telah mencuba.

Oklah, rasanya senang kacang kot. Sebab semua kata senang.

Permulaan pendakian agak senang, tapi hanya seketika. Sesampai kawasan berbatu kecuramannya agak tinggi. Tapi ok la, cabaran ni boleh la.


Tengok betapa curamnya laluan...

Tapi dek seluar tebal dan ketat, pergerakkan agak terhad. Namun aku masih dalam kelompok di depan.

Untuk sampai keperhentian RnR, pendakian awal di gunung ni ambil masa dalam 30 minit. Aku ambil keputusan tukar seluar tebal yg dipakai kepada adidas three quarter (3/4). 

Masuk dalam hutan, salin di situ..

Ok.sekarang lebih flexible.
Boleh bergerak dengan selesa..

Dari tempat rehat, ambil masa lebih kurang 45 minit untuk ke atas.

Settle n done  ! Gunung Datok!

Puncaknya ada tempat datar tetapi untuk sampai ke betul-betul puncak paling atas, kena panjat batuan di situ.

Udara segar, berkabus dan nyaman. What a feeling... cewah.

Turunan pula lebih laju. Ye lah kan turun bukit.
Tapi kena berhati hati takut salah langkah. Batu batu agak banyak. 

Alhamdulillah, selamat naik ke puncak Gunung Datok dan turun semula.

Pada asalnya rasa tak sihat, tetapi berjaya ...

Next target, in Sya Allah Gunung Kinabalu






No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...