Thursday 19 July 2018

Apakah itu compound interest?

Assalamualaikum bloggers and readers..lama tak berbicara tentang finance atau kewangan.



Sebelum tu, blog ni akan menerangkan dulu apakah itu compounding interest.

 Robert Einstein telah menyatakan bahawa compounding adalah 8th wonder of the world

7 lagi wonder of the world tentu pembaca sedia maklum i.e antaranya ialah pyramid, taman tergantung Babylon , tembok besar China etc.





Oh ya lama sudah blog ni tidak menceritakan atau berkongsi tentang finance atau kewangan ya. Sesekali sekala elok juga ditulis tentang kewangan.

Walaupun orang kata wang tidak mencerminkan kebahagiaan 100%, namun pengetahuan tentang kewangan amat berguna di zaman materialistic* ini.

Compounding interest adalah satu magic dalam dunia kewangan atau pelaburan.

Kenapakah ya? Penulisan kali ini akan menjelaskan kenapa dan alangkah bagusnya jika anda mempunyai banyak masa untuk membiarkan compounding interest bekerja untuk anda untuk anda mencapai financial freedom.

Apakah compounding interest??
Petikan dari Wikipedia, yang mana mendefinasikan:
“Compound interest is the addition of interest to the principal sum of a loan or deposit, or in other words, interest on interest. It is the result of reinvesting interest, rather than paying it out, so that interest in the next period is then earned on the principal sum plus previously accumulated interest. “
Dalam bahasa mudahnya, ianya adalah tambahan interest atau keuntungan ke atas prinsipal (modal) yang mana jumlah kedua-duanya akan mendapat interest lagi pada tempoh masa yang kedua dan seterusnya. (interest kita boleh tukarkan kepada keuntungan) . Lagi lama atau lagi kerap ianya di”compound” lagi besarlah nilainya dipenghujung pelaburan tersebut.

Sebelum diteruskan penerangan, ada satu scenario di mana penulis ingin lontarkan pertanyaan dalam penceritaan misteri ini:

Andaikan bahawa anda dalam percutian di pantai yang anda diidamkan sekian lama.
Contohnya ke Kepulauan Maldives dan tinggal di Hotel Conrad Maldives Rangali Island. 
Wah jauhnya merantau..





The above 3 images : Credit google ( may subject to copyright) 

Andaikan lah ya, sebagai contoh..

Tapi best woo hotel ni..wohahaha.

Tentunya anda telah membelanjakan sejumlah wang  besar untuk menginap di sana. Mungkin RM50,000 ongkosnya.
 Sebagai orang biasa-biasa macam kita ni, tentulah pada mulanya sangat teruja bila sampai. Dengan suasana, dengan layanan, dengan permandangan yang indah .
(Walaupun poket koyak semata-mata hendak ke sana). Orang kaya raya tak kisahlah kan
Ok ringkaskan cerita, setelah beberapa hari anda menikmati keindahan bumi dan lautan Malidves ni, anda mengambil keputusan untuk berjalan di tepi pantai untuk sekian kalinya, dan oleh kerana setiap hari berjalan di pantai yang sama, anda ambil keputusan untuk meneroka tepian pantai agak jauh dari hotel.

Sedang berjalan-jalan anda ternampak satu botol terumbang-ambing dibadai alunan ombak. Agak unik botol tersebut. Perasaan ingin tahu membuak-buak, maka anda merendah air setakat pinggang dan mengambil botol dari lautan Hindi. Entahkan datang dari India atau dari tanah Arab, tak pun dari Afrika botol tersebut. Pastinya bukan dari MH370.

Dipendekkan cerita, maka anda membuka penutup botol dan keluarlah jin.
Seperti biasalah, berdasarkan cerita dongeng, jin pun rasa terhutang budi maka dia pun nak bagi ganjaran. Lumrah cerita dongenglah kan.
Jin ni pun pernah dengar kot cerita dongeng dari makbapak dia, dia, iaitu jin pun tawarkan ganjaran berikut:

“ (A). Aku berikan kau RM100 juta sekarang ataupun,
(B), aku berikan RM1 hari ini dan duit tersebut akan berganda setiap hari sehingga sebulan (30 hari)”

Sila buat pilihan sekarang. Kalau lambat burn! Langsung tak dapat !
10 saat dari sekarang. Jawab.
Ok, sekarang anda pembaca sila  pilih.

 Maka sepuluh saat pun berlalu.
Ok pasti anda sudah pilih. Biru muda atau biru tua atau hijau.
Eh silap. A atau B?

Simpan jawapan anda semua. Jawapan kat bawah nanti. Sebelum tu baca lagi info di bawah ni sebelum jin buat kiraan,.. Wohahahahaha




Berikut adalah sebab kenapa compound interest adalah “8th wonder of the world”:

1.  Compounding interest adalah “sama rata”
Compound interest adalah sama kepada semua orang. Bumiputera ka, non-bumi ka, African ka, lelaki atau prempuan. Sama sahaja. Yang membezakan adalah masa.


    2.Compounding interest mengaplikasi momentum.

Pernah terfikir bagaimana runtuhan salji menjadi begitu kuat, berkuasa hingga meruntuhkan pokok atau menenggelamkan rumah-rumah di pinggiran bukit gunung tersebut.
Atau bagaimana air disungai boleh mengalir dengan deras sedangkan dipermulaannya, di hulu sungai adalah titisan air yang mengalir? 
(Ermm macam tak sesuai je contoh air sungai ni. Nanti jadi kepala air lagilah kuat force dia)
Berbalik kepada salji, ianya memerlukan permulaan satu ketulan salji yang kecil yang runtuh, sebelum menjadi deruman salji yang beribu-ribu tan. Mungkin hanya seorang pendaki yang campakkan satu ketul bulatan salji di puncak sehingga menjadi snowball yang ganas. Ingat, asalnya satu ketul yang kecil sahaja. Dari yang kecil ia akan compound dan copound hingga menjadi besar.
Pengajarannya:  Mulakan dengan nilai yang kecil tetapi berkala dan berdisiplin
3. Compounding interest boleh melahirkan jutawan dari kalangan orang biasa.

Selalu kita mendengar alasan yang lapuk dan tidak berjustifikasi bahawa seseorang tiada wang untuk menyimpan atau melabur.  Betul ke tiada mempunyai lebihan pendapatan
( Tapi , Astro full pakage, Unifi paling laju dilanggan. i.e Astro RM 150 + unifi RM199 dah RM350 dibayar untuk…?… (hiburan atau pembaziran) 
Ini adalah anggaran. Kalau mereka yang kata tak ada duit la. Dan kemudian broadband data unlimited, kos langganan RM98 atau lebih sebulan. 
Dah berapa dah tu.? Eh terbebel lak aku. Ok ok serious serious. Ni topic serious!
Sebenarnya kita tak memerlukan duit yang banyak untuk mengarahkan “compounding interest" bekerja untuk kita”. Apa yang anda perlukan adalah masa. 
Dan 10% dari pendapatan anda. 
Kalau tak boleh juga, gunakan duit di atas,( ala yang dibebel tadi) iaitu Astro,Unifi dan B.Band anda.
Mungkin itu sahaja dah  RM300 atau Rm400. Oklah ambil sahaja separuh dan  simpan RM200 setiap bulan dan tunggu saja magic of compounding interest  bekerja untuk anda.
Dan masa selalunya berpihak kepada anda yang masih muda belia. Atau anak anak anda….
Pengajaran: Simpan je walau sedikit, ala..macam salji yang ketulan kecil tu!!Ala,,, macam sehengget yang jin kasi tu…

4.Compounding interest mengajar anda bersabar dan erti kesabaran.

 Kenapakah compounding interest merupakan pengajar erti kesabaran? Yang pertama-tamanya anda tak akan dapat hasil semalamam. 
Kena sabra danianya amil masa yang panjang tau. Yang penting sabar.

Lama atau tak lama tu subjectif kan. Sekejap je anda dah berumur 25 tahun , kemudian 30 kemudian 40 tahun.. Tak percaya? Tungguuuu
Ok lah panjang nya nak suruh anda baca sebelum jin tadi kira RM1 yang di “compound” berganda setiap hari.
 Rasanya jin dah habis tolong anda kirakan. Penulis yakin ramai yang pilih RM100 juta yang diberi oleh jin sekarang (dalam masa 10 saat tadi).

Kalau anda semua memilih B. Di mana memilih nilai yang bermula dengan RM1 dan digandakan setiap hari. Hasilnya selepas 30 hari ialah RM1,073,741,824.00

Ya..anda membaca dengan betul!! 

RM1.073 billion.



Hari  RM  Nilai RM
1                         1.00
2                         2.00                             4.00
3                         4.00                             8.00
4                         8.00                           16.00
5                       16.00                           32.00
6                       32.00                           64.00
7                       64.00                        128.00
8                     128.00                        256.00
9                     256.00                        512.00
10                     512.00                     1,024.00
11                 1,024.00                     2,048.00
12                 2,048.00                     4,096.00
13                 4,096.00                     8,192.00
14                 8,192.00                  16,384.00
15               16,384.00                  32,768.00
16               32,768.00                  65,536.00
17               65,536.00                131,072.00
18            131,072.00                262,144.00
19            262,144.00                524,288.00
20            524,288.00            1,048,576.00
21         1,048,576.00            2,097,152.00
22         2,097,152.00            4,194,304.00
23         4,194,304.00            8,388,608.00
24         8,388,608.00          16,777,216.00
25      16,777,216.00          33,554,432.00
26      33,554,432.00          67,108,864.00
27      67,108,864.00        134,217,728.00
28    134,217,728.00        268,435,456.00
29    268,435,456.00        536,870,912.00
30    536,870,912.00    1,073,741,824.00


(maaf: tempelan dari excel yang senget)


Adakah anda akan kata, tak guna punya jin?.. sehengget sahaja mula, boleh jadi billion!! Kenapalah aku pilih Rm100 juta tadi.

Jangan marahkan jin, mulakan menyimpan dan target millionaire (ataupun billionaire) Good luck!!.


P.s Malaysia Baru sekarang ni million million dah tak main, selalu billion-billion saja. wohahahahah.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...