Sunday 22 July 2018

Coretan di Taman Cabaran.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Tengah menemani anak-anak di Taman Cabaran Presint20 Putarajaya.. Anak - anak sekarang susah nak cakap tidak. Ada je alternatifnya. Tak boleh sana, ajak pergi sini pulak.

Mula mula ajak pi swimming. Lurvy cakap Aisya tak boleh swimming minggu ni sebab takut selsema. Minggu ni ada tournament peringkat kebangsaan kat UIAM.
Nanti demam ke selsema susah pulak.

"Kalau macam tu kita pergi Taman Cabaran la abah"

Er..ok ok. Tak ada sebab lagi nak tolak.




Minggu ni agak free sikit. Setelah last week, penuh dengan aktiviti. Semalam ke Klang. Melawat kawasan dan makan ayam goreng kampung dekat dekat Pandamaran. Kemudian layan ajen rumah hari ni. Nak propose buyer katanya.

Kagum juga dengan kesungguhan mereka. Sebagai orang yang involve dalam property yang tak seberapa ni, memang paham service dan keperluan kita menggunakan khidmat mereka. Biarlah pakar menguruskan sales dan securing the buyer. Kita sit tight dan bagi final decision. Ada ajen yang masih keep intouch since 2009. Kegigihan dikagumi...

In Sha Allah ada rezeki, akan done transaction. Then plan untuk reinvestment pula. Rezeki Allah amat luas, hanya kita perlu mencari dan berusaha.

(Sesuai dengan nama Taman Cabaran, hidup ini penuh cabaran. Tiada jalan yang mudah, tiada jalan pintas. Semua mengambil masa, jatuh bangun, jatuh lagi dan bagi lagi. Sampai berjaya)

Oh ya.last week done satu jualan. As Lurvy target, dapat jual dengan harga yang kami target. A very good news. Agak lama put on market.

Memang macam tu lah kalau terlibat dalam hartanah. Liquidity agak rendah. Liquidity atau kecairan ialah berapa cepat aset boleh ditukar kepada cash. Dan barang diingat, untuk hartanah, bidang ini memerlukan kesabaran, dan jangan sentimental dengan rumah. Kalau target untuk pelaburan, bilamana sampai target dan tempoh masa, kita perlu buat keputusan.

Dalam keputusan bersama nak jual ke tidak ni, Lurvy yang paling cool dan objectif. Kekadang sentimental juga..hahahah.

 Tapi mostly her decision spot on. Gut feeling tu penting juga.instint atau sixth sense.
Aku ni sebagai orang finance based on figure sahaja. If do this, kita boleh invest this, bla bla..

 Dia simple je solution. "Ok lah tu, ikut abang la.".

And i really need that answer. Senang nak decide.


..anak-anak masih belum nak balik. Masih memanjat dinding. Sesekali datang untuk minum dan aku melayan blog. Nak panjat sama, rendah sangat, tempat untuk kekanak saja. Buang tebiat kalau aku join.

 Keputusan untuk jual rumah.

Senang...dan tak berapa senang. Tapi setelah pertimbangan dibuat. Setelah sampai target, kita let go and reap the reward. Lagi pun aset tu adalah tool untuk mencapai financial freedom. Bukannya perlu attach dan hold on sampai bila-bila. Then ada ruang kita laburkan dalam property lain. Dan boleh gunakan utk education anak-anak. Boleh sedekah dan dermakan utk bekalan masa kemudian. Kalau asset dunia ni bukan boleh bawa ke mana sangat. So kita kena ada perancangan dan matlamat akhir.

Matlamat akhir adalah untuk kesejahteraan di dunia yang hakiki  dunia yang kekal. Bukan tak penting dunia sementara ni, tapi sama sama penting. Yep, mungkin kita tersalah langkah, terbabas dan sebagainya. Perbetulkan selagi ada ruang dan waktu.

Tapi jangan kecewa dan berputus asa, amat penting pengakhiran yang terbaik dapat di capai.

Jadi tunggu pengesahan keputusan pinjaman pembeli. Kalau tak ada aral melintang ada rezeki .syukur dan alhamdulillah.

Eh.. anak-anak dah penat. Dok layan blog ni hari hampir pukul 7pm. Makan pun dah, sesambil menunggu tadi..Aduyai.. makin naik la badan..

Time utk balik..bersiap..maghrib.

See ya..
Indah alam ciptaanNya..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...