Thursday, 12 July 2018

Siapa yang akan jadi johan??

Malam tadi terjaga pukul 1.45 am. Samada nak turun tengok bola live atau terus tidur. Tak sempat hbis pikir mata terlelap/tertido semula. Cehh,.. 

Seeloknya doa lah sedikit sebanyakkan. Sebab ada sebab kita dikejutkan tengah tengah malam.

Lepas subuh baru aku check siapa yang menang. Hati kecil rasa England menang tapi sebenarnya suka upset dan nak Croatia yang masuk final, 
Sekilas lalu baca online news... Croatia dumps England!!..wow.!!

World Cup ni banyak kejutan. semua nama nama besar gugur satu persatu, kecuali France. Dan oleh kerana hati aku ni ada soft spot terdapat Argentina, yang dikalahkan France, makanya harapan aku bukan France yang menang tahun ini.

Boleh ke macam tu? Nak diikutkan Crotia juga belasah Argentina tahun ni pada peringkat awal. Susah ni nak support mana? Kalau ikutkan rasa, rasanya  France lagi kuat , tapi  as always, aku nak underdog yang menang which is Croatia.

Inilah orang Malaysia, pasukan sendiri tak boleh masuk World Cup, asyik dok pilih pasukan lain je lah. 

Typical kan. Apa nak buek , tu je mampu. Mampu tengok jer.

Yang champion negara lain. Kita tumpang sorak saja. 

Korang rasa siapa yang akan champion ya??

Dalam kehidupan pun sebegitulah. Kita harapkan benda lain berlaku, tapi lain yang berlaku. Ketentuan bukan ditangan kita, tapi Allah yang menentukan. Kalau Dia berkehendakkan lain. lainlah jadi nya. Tiada sedikit pun upaya kita. 

Kita raikan hari-hari yang kita lalui. Usaha dan harapkan dan doakan yang terbaik dan lainnya terserah kepadaNYa.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...