Wednesday, 18 July 2018

Daftar Di UITM JASIN

Assalamualaikum bloggers and readers..


Hari Ahad 15.7.2018

Setelah panjat gunung semalam, hari ini seusai subuh kami terus bergerak ke Jasin.
Ikut system GPS anggaran masa hnyalah dalam 1 jam 45 minit. Jarak yang dekat dari kediaman kami.

Hari yang Alif tunggu-tunggu. Pendaftaran beliau di UITM, Dapatnya di Jasin.

Angah di Segamat. Sebelum ni along di UITM Arau. Aku dan Lurvy pun belajar di ITM Arau.. Perghh. family UITM.
UITM di Hatiku.. wohhahahahaha

Pendaftaran memang efisien. Hanya beratur dan ambil nombor bilik. Yang lain lainnya seperti akedemik esok Alif akan urusan kan sendiri kat fakulti.

"Early birds get worm". Memang kami nak pi awal sebab pendaftaran bilik ni, " first come first serve". Kalau lambat dapat tingkat yang tinggi jawabnya. 
Alif orang ke 6 beratur, so dapatlah  unit yang pertama. satu unit ada 3 bilik berdua.


Suasana bilik dan kolej kediaman adalah baik. Mungkin sebab Uitm ni agak baru. Baru 4 tahun kata pelajar yang bertugas. Dalam bilik ada dengan 4 power point. Kipas syiling , meja study pun keadaan baik. Pendek kata kemudahan nya sesuai untuk bejar dan selesa utk "stay".



Bilik Air.

Dalam unit pula ada sau bilik air yang ada 3 "partition" yang mana ada shower dan tandas. 

Sinki pula design sesuai untuk membasuh baju. Tak seperti dulu, semasa kami belajar di Arau, bilik air centralised. Semua d iluar bilik dan terletak dihujung. Yang dekat dekat lah, yang jauh jahulah.




Ni bilik Tv atau sebenarnya lobby asrama atau foyer. Open space kalau ada game yang live dan menarik tentu ramai  yang berdiri nih. Malam nanti pula ada live final world cup. Tentu meriah!!


Sedang kemas katil. Lepas ni kena independent. Tak de mama nak suruh itu ini.



Kemudian kami keluar kejap survey sekitar bandar. Bandar terdekat ialah Merlimau. Aku pun pertama kali sampai. Sini rupanya Merlimau.

Tak jauh dari kampus Jasin. Kurang dari 15 minit sudah sampai
Semuanya bolehla di beli sini kalau malas nak ke bandar Melaka yang jaraknya lebih kurang 30 minit.

Politekni Merlimau

Merlimau. Bandar baru.

Pekan Melimau lagi

Uitm. Yasmin snap dari kereta


Then gerak hantar Akmal dekat  STJ dan misi mencari durian Melaka pun bermula..

2 comments:

  1. Semasa puan rgister..duk di hotel mana...atau jika tau hotel tdekat dengan uitm tu..bileh x bg contact number.huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...