Wednesday 16 May 2012

Abah, kat mana bapa pejabat??

“Abah bapa pejabat ada tak” Tanya Akmal ketika melalui satu persimpangan.
“Aaaa? Apa Mal cakap ni? Bapa Pejabat? Ke pejabat Abah?” Aku konfius bercampur endah tak endah.
“ Tak la abah, Mal tanya ada tak tempat nama bapa pejabat”
“Erm,, tak ada la.. Kenapa tanya bapa pejabat, pelikla Akmal”
“ Tu ha tadi abah, ada Ibu Pejabat Polis Serdang. Tu Mal tanya ada tak Bapa Pejabat”

(Nak jer abah jawab “ Oh, itu Ibu Tunggal”…)

Hahahahaha.. Geli hati pun ada. Terkesima pun ada.
Mungkin kerana dia fikir setiap ada ibu, mesti ada bapanya.
Mungkin kerana dia dok fikir perkataan berlawanan.

Kalau cikgu tanya apa perkatan berlawan bagi Ibu Pejabat jangan dijawabnya Bapa Pejabat sudahhhh.

Oh ya ” SELAMAT HARI GURU” kepada isteriku yang menjadi guru kepada anak bangsa Malaysia dan kepada anak-anak serta kepada aku. Wohaaaa.. Jap nak sms jap…

Berbalik kepada soalan Akmal tadi, dalam penamakan bagunan dan bandar2 ni memang ada gender bised. Ada ibu pejabat je, ada ibu negeri jer.. Bapak-bapaknye entah kemana entah. Ibu sahaja yang tinggal.. Bapaknya semua ke Malaysia ya???

Tapi kami bapak-bapak ( bapak-bapak? kasar beno bunyi nya), ok with that.

Ok ok, joke aside. Itulah betapa pentingnya IBU..

Happy Mother’s that day (13 May 2012), today and every day!!!!

P.s Lawan Ibu Pejabat ialah cawangan. Agaknya lah..Betul ke?

1 comment:

  1. masalahnya, ibu pejabat terima ke kewujudan cawangan tuh? haha...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...