SC Beira-Mar tandatangani Nazmi Faiz
Nazmi Faiz telah mencipta sejarah menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di Portugal selepas berjaya mendapatkan kontrak dengan SC Beira-Mar.
Laman web rasmi kelab SC Beira-Mar telah mengumumkan bahawa pemain Harimau Muda yang berusia 17 tahun itu telah menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 dengan kelab Portugal itu.
Minggu lepas Nazmi telah selesai sesi pemilihan dengan skuad utama Beira-Mar dan telah menambat hati jurulatih Beira-Mar.
"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya. Ini peluang terbaik saya dan saya bersyukur kerana berjaya. Beraksi di Eropah adalah impian saya.
"Saya sangat gembira dan bersemangat untuk memulakan pengalaman baru ini. Saya menyukai kelab ini sejak pertama kali saya sertai sesi latihan," kata Nazmi Faiz.
Nazmi juga akui telah dilayan dengan baik dan sangat selesa dengan rakan sepasukannya yang lain.
"Saya dilayan dengan baik dan akan sentiasa memegang kata-kata jurulatih, Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo. Tunjuk ajar mereka berharga buat saya." katanya lagi.
Ejen Nazmi Faiz, Marco memberitahu ESPNSTAR.my: "Saya sangat gembira dan bangga kerana Nazmi berjaya mendapatkan kontrak bersama Beira-Mar. Dia juga teruja dengan pencapaian ini."
Mengikut peraturan, Nazmi Faiz hanya boleh beraksi dengan pasukan utama SC Beira-Mar pada bulan Ogos 2012 setelah dia berusia 18 tahun.
Nazmi kini bersama skuad Harimau Muda A di Slovakia untuk perlawanan persahabatan dengan kelab Hungary dan Slovakia.
untungnya jadi dia...
ReplyDeletehrp die terus maju n maju la..jgn buat hal sudee
ReplyDeletebaguslah...tumpang hepi...semoga dia dapat harumkan nama Malaysia lepas ni...
Delete