Ketika menulis ni aku bersyukur kerana tak menunaikan permintaan anak-anak perempuan aku yang begitu kepingin nak ke Putrajaya sempena Himpunan Belia tempohari. Dah memang belia remaja pun mereka. Nama pun majlis belia kan.. Lagipun aku duduk pinggiran Putrajaya sahaja. Dekattt ja… Tapi aku tak pi dan tak kasi depa pi…
Kalau tiada aral melintang rumah kat Presint 18 Putrajaya pun akan siap tahun depan. Dekat sahaja dengan gelanggang futsal yang banyaaaakk tu.
“Abah .. K-pop datang abah” Memang peminat lagu Korea si yang sulung tu.
Ok ok masa aku belia dulu pun memang jugak kumpulan-kumpulan yang ada. Dah trend kan. Kita manalah reti sangat.
Itulah tujuan sebenarnya. Teen top ke beast ke apa nama tah yang datang
“Urmmm…” aku bersuara antara dengar tak dengar.
“Ingat nak tengok” Sambil cuak takut aku marah ke haper ke
Aku memilih untuk mendiam kan diri.
Aku malas nak berhujah kat anak2 aku tentang apa kaitannya K-Pop dgn sambutan hari belia. Boleh la nak kaitkan antara dua variable tu. Cuma yang paling nyata budak2 K-pop tu belia dan yang minat mereka juga belia. Tu saja kaitan yang nyata.
Yang tujuan nak membangunkan jati diri belia ke innovasi ke motivasi ke, aku rasa tak ada kaitan langsung..
Nak membangunkan modal insan lagi lah kelaut.
Dan tak usah bercakaplah pasal sahsiah diri Islam sebagainya, memang tak de kaitan langsung.
Tapi aku tetap berdiam diri.
So untuk anak2 abah… ( sure you all keep reading my blog kan)..Ni saja abah nak cakap:
Tak akan hilangnya zaman remaja dengan tak pergi konsert K-pop.
Tak banyak faedahnya pergi sebagai mana kita tak pergi Sure heboh dan lain-lain seangkatan dengannya.
Kalau pergi k-Pop, Najmi nak tengok drag pulak. Kenapa yang lain boleh, dia tak boleh? Dan kalau takdirnya kereta tu terbabas kena anak abah, macam mana nak abah nyatakan sesalan…
Macam cara lain untuk outing and have fun ( as a family).
When the time comes you will decide yourself whether you wanna be at concert or not.
So there must be a reasons why you all were not allowed to be there. And sometime you will find the answer in the future…
Wednesday, 30 May 2012
Mungkin nanti korang akan paham...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
They all will understand....one day ...but honestly not today......
ReplyDeleteaku pong ada jugak ronda2 tgk apa ada kat sana - takde kena mengena dgn k-pop. kalau tahu, aku pergi time k-pop tu main ;-p
ReplyDeletesangat mengecewakan... aku rasa setiap aktiviti ada kecenderungan ke arah kemaksiatan. hiburan di setiap ceruk tempat tanpa had. joget sana sini terkinja-kinja macam beruk!
setuju mcm ko cakap... jati diri? sahsiah diri? motivasi apekejadahnyer??? sampaikan aku rasa, betul ke agama rasmi negara aku neh Islam?
dan aku berazam utk tidak pergi lagi utk tahun2 berikutnya.