Friday 23 December 2011

Mereka tabah diuji...

Ptg ni baru sempat tinjau blog kawan kawan. Sambil minum2 dan buat teh Sabah untuk Lurvy. Oh rasanya sama saja, teh kan. Angah dah makan panadol, tidor lagi......

Kat blog Gedek yang tak gedik tadi ada berita kematian...tinjau punya tinjau ada seorang adik yang sakit telah meninggal dunia.. Dalam pada aku tengah-tengah happy balik bercuti tersentak juga dgn berita2 sedih ni. Anak yang kurang bernasib baik, keluarga mereka menerima ujian. Aku bersyukur kerana dikurniakan 7 org anak tapi semuanya sihat-sihat shj dan kalau sakit pun demam-deman saja... Aku harap mereka terus sihat dan dijauhi ujian yang besar-besar mcm setengah org. Kerana aku mungkin tak sekuat mereka yang lain...

Namun mereka yang kurang bernasib baik adalah "real-people". Bukan cerita sedih dalam tv dan movie. Mungkin juga mereka tidak sedih kerana jiwa mereka besar. Walaupun demikian aku terpanggil untuk membantu..
Lawatlah blog ini AKUOKU...InsyaAllah aku akan membantu ..

p.s Ramai lagi seperti mereka dikeliling kita..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...