Wednesday, 14 December 2011

Kita melihat dunia...

(Dari sudut pandangan kita...Dari mana kita mahu melihatnya,
Kita melihat org lain lebih gah, walhal dia pula melihat org lain pulak lebih indah, lebih bahagia daripadanya...)


1.Ya, kita selalu melihat dari sudut pandangan kita sahaja, kalau kita berada diatas, kita melihat dunia ini bulat, Kalau di daratan,, fuh punyalah luas dan flat sahaja dunia ni...

2. Tanya sama itu ikan di laut, bagaimana rupa dunia. Sudah tentu dunia ini hanya air dan air sahaja.
Tanya sama itu ular orok-orok di gurun pasir sahara pula, tentu jawabnya dunia ini penuh dengan pasir.

3.Jadi pandangan kita tentang sesuatu mungkin tak sama dengan pandangan dan pendapat org lain. Macam org buta warna juga, merah bagi dia mungkin tersampai di otaknya biru. Tapi "biru" itulah yang dikatanya merah sampai mati. Merah bagi kita adalah merah, tetapi merah bagi org yang buta warna adalah warna lain. Tetapi kita tak tahu apakah "merah" sebenarnya yang diterjemahkan oleh otak beliau..






Kalau bab foto ni, kalau tak landscape, aku minat juga corak atau pattern. Entah, aku suka perati gambar-gambar atau object dari angle yang bukan dari angle biasa kita lihat.. Contohnya macam ni.... Kat putrajaya jugak... Mungkin biasa shj bagi orang lain tapi aku suka....


Yang bestnya sebab ianya bkan simetri,, composition tak lah renyah sangat..

Kalau nak yg simetrical macam ni susah jugak..dgn gelapnya...nak tengok "inci ayaq" kat tripod pun susah, jadi lah senget benget.

Tapi aku suka corak random macam ni...berceragah. Kekadang Serabut... tak ada pattern tertentu...hahaha..tapi menarik jugak.

p.s menarik ker?? Entah lah labu...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...