Thursday, 3 February 2011

Pagi CNY, pegi GIMC




Aisya masa kecik-kecik


Gong Xi Fa Chai... selamat tahun baru cina kepada kenalan and jiran2 sebelah rumah.

pepagi lagi after subuh aku get ready utk ke GIMC. Aisya demam dah masuk hari ke 5..
Hari Ahad mlm isnin aku dah ke hospital amik ubat sbb bg ubat kat umah dia tak kebah-kebah lagi. Hari Isnin bila makan ubat baik kejap lepas tu panas lagi. Sampai lah hari Rabu. pagi tu aku pergi kerja macm biasa. Balik kerja wife bagitahu yang hidung Aisya berdarah masa dia tidur malam tadi. Pagi baru dia sedar agak banyak juga. Aku masa siap2 ke tempat kerja pun tak perasan. Ok ok aku pun agak lemau nak ke ofis. Dengan cuaca yang sejuk dan dalam mode cuti..

Petang Rabu amik Nabila kat bas stop Bukit Jalil dari Melaka.


Malam baru tau dia berdarah kat hidung. Angah dok cerita yang masa mandi pagi tu pun berdarah lagi. Kalau aku tau pagi dan kat ofis tentu aku panic. Selalu aku call wife tanya khabar kalau ada anak2 sakit. So dah balik kurang la panic.

Tadi pergi check memang kena ambik darah , suspek denggi. Dengan mata yang kuyu, asyik mengantuk dan tak lalu makan aku pun cuak juga.

Dapat result negative denggi. White blood cell agak rendak. Homoglobin kurang dan ada beberapa indicator lagi yang kurang dari normal. Nanti doktor guna sampel yang dia amik tadi untuk buat further test. Apa2 dia akan bagi tau dan telefon aku. Yang penting bukan denggi dan balik kena monitor makan, keaktifan dan sebagainya.
Agak cepat juga servis GIMC, wife cakap dia bagi priority bebudak. Best la.

Oh ya masa amik darah satu A&E dengar Aisya menjerit.. Dah la tangan kecik. Dan kluar darah punyalah susah. Doktor standby 3 tiub tapi amik 2 tiub saja.

Sekarang kat rumah nampak macam ok dan agak cergas. Bukan dia buat2 cergas sbb takut jumpa doktor lagi....

Presc..
Antamin: Chlorpheniramine Syrup , 1.3 ml 3times
-mengantuk
Progesic Susp 6ml every 6 hours

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...