Monday, 16 July 2012

Kata hang, kata aku....

Bak kawan lawyer aku : " Its now back to, Your words against my words" Let the court decides...

Dalam kes ni ni ,lets the world decide...ish ish...

Apa punya entry ni...??

Aku, kalau benda yang sensasi macam ni aku tak suka sangat masuk blog aku yang serba taj canggih ni. Aku baca untuk own consumption saja..( Kata tak suka, tapi nak buat posting jugak..erk!)

Tapi, sementara aku tunggu apek-kontractor-grill-cina-yang-begitu-begitu-bertungkus- lumus-nak-buat-sale-kat-aku, datang untuk menyiapkan grill yang tak berkesudahan semalam, aku pun amik masa ni buat posting....

Kalau boring skip ja ok.

Tadi...
+Hallo Lee, pukul berapa nak datang??

*"Saya sudah call itu installer aaaa,, tak sempat repait oo u punya grill.. kena potong repair sikit sbb itu busat punya tak boleh angkat naik ooo.. Mungkin tak sempat la tokey.."

(Aku pulak jadi tokey.. ingat aku masuk raja lawak ker..)

+ "Oh tak boleh tak datang... Saya dah cuti hari ni.."

*" Ok Ok saya tengok macam mana""

Macam mana tu....???

Tak pa lah tukaq plan... ( urm kalau niaga dengan Cina saja tak pa. )

Tak lah!

Dengan Melayu semalam pun aku pun tak apa jugak... bila datang tunjuk bill ada caj ini dah ini.. Itu la inilah... Erm ok lah ok lah... Kena top up RM800.. hurmm..pulak!)

Plan aku..

1. Aku masak dulu untuk anak bujang aku tgh hari ni...komen tak mau..makan saja! hahaha
2. Pastu tu pi Putrajaya Homes.
3. Pastu tunggu call Lee.
4. Pi AmInsurance.
5.Tunggu TV delivery.


Uisk..jauh melelong tu.. Ni ha, cerita kata hang kata aku...

Ni hok jate kata.. ooppss stop stop... Tino dulu...

Eh ladies first,, sejak dua menjjak heboh cerai kerana politik... Ni hok tino kata: Jap ea aku nak petik dari mana ye.. kena copy paste la.. dari blog ini:


Bercerai angkara fahaman politik

PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.

Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.

Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.

Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan.

Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak.

"Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.

"Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.
-kosmo

Sekian copy paste part 1.


Ok ok ni pulak kata belah jate , copy paste jugak dari blog ini:

Dipetik:
Panass..Suami Ceritakan Kisah Sebenar Sebab Bercerai..
PASIR MAS: “Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 (gambar) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.

Pada masa yang sama katanya, bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.

Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.
Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.

Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.

“Malah beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka.

“Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.

Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.

“Dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.

“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran,”ujarnya.

Sambungnya, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.

Akibat perselisihan faham semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.

Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.

Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang (gambar atas kiri), yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.

“Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu.

End of copy paste 2..



Ada sambungan lagi ker.. ? Harap harap dah boleh buat kesimpulan lah ye... Dengan harapan dua wartawan adalah beretika... Tak ada jenis tambah perisa...

2 comments:

  1. wartawan kejanya mensensasikan berita
    kalau berita tak sensasi tak ramai beli paper tu kan
    ter-over sensasi jadi macam ni la
    terzalim kat pokcik yg terpaksa menceraikan bini

    ReplyDelete
  2. “Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran

    bagus pak cik ni.
    kita kena dengar dua belah pihak.dah tua2 pun mcm ni kan.kesian la.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...