Tuesday 24 July 2012

Dua kegembiraan...

Kanak-kanak ni kalau nak ajar berpuasa kena motivate, ataupun tanya dia org, nak puasa tak besok.

Si Danish (6 thn) semangat nak berpuasa. Setakat ni alhamdulillah masih bersemangat waja. Dah masuk hari ke4 pun. Dia sendiri yang nak ikut belajar berpuasa.

Masa berbuka, aku pun bagitau:

=Danish, orang berpuasa ada dua kegembiraan
+Apa tu abah?

=Satu , semasa berbuka dan satu lagi masa bertemu Allah. Seronok tak berbuka tadi?
+Best. Esok nak puasa lagi lah abah! Erm seronok berjumpa Allah macam mana?

=Seronoklah. Suka kan kalau berjumpa orang yang sayang dan kasih kita..Gembira la jumpa tuhan. Kalau Danish jumpa org Danish rindu suka kan..ermm.
+Tak pe lah abah .. Danish nak suka masa makan ni dululah..

= Ye la ye lah. Makan dulu...

1 comment:

  1. "Tak pe lah abah .. Danish nak suka masa makan ni dululah.."

    danish nk mkn, abah asik ckp jer...hahahaha..

    chumel jer

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...