Wednesday, 11 July 2012

Mega Hotel Miri dan sekitarnya

Assalamualaikum... sampai rumah agak lewat hari ini. Singgah bank la..Singgah jumpa tauke grill. Plan dengan dia bila nak pasangkan kat rumah..

Urm... Ada member tanya Miri besar mana. Sebenarnya aku tak tau nak habag pi aih.. Heheh..
Mana dan(sempat) nak berjalan . Nasib baik kawan bawa pergi makan dan makan dan makan.

Jadi nak gambarkan lah Miri eloklah tengok foto yang sempat terakam.

Bermula dengan bilik hotel :




Dan bilik ni juga. Kalau macam ni bukan gambaran Miri nih...Tapi layan sajalah.. ok.


Ni di pasar tamu.. Sempat singgah sebelum ke Airport untuk ke KLIa.

Penjual di Pasar Tamu Muhibbah




Makan malam.. nasi goreng special apa tah.. Bahasa mudahnya, nasi goreng kampung...

"aku kan orang kampung"

Oh ya, nanti aku tunjukkan Nasi Lelapan... kalau kena memang terlelap!!!




Pandangan Miri dari sudut ... err,,sudut ni lah


Masjid Al Taqwa



Dan ini pulak coretan awal sebelum ni , belum sempat post entry ni . Jadi gabungkan sekali lah.. together-gether dengan coretan malam ni..



Sampai KLIA dengan pendaratan yang lancarnya pada pukul 6.50. Join para penumpang lain yang mengeluarkan hp dan terus menghubungi sesiapa yang patut dihubungi. Aku inform Lurvy , 7.15 boleh datang ambil.

Pesawat sepatutnya sampai 6.15 terlewat 35 minit. Sebabnya ialah, sektor awal KUL Miri sampai lambat. Lepas tu trafik sibuk masa nak mendarat. Kena berlegar2 20 hingga 30 minit lebih kurang 43 batu dari KLIA. Memang aku selalu berharap untuk nampak pesawat lain semasa aku di udara. Bukanlah sebelah2. Kalau dekat dah kira "near miss". Bahaya oooo

Semalam nampak pesawat Air Asia,rasanya lah, sebab warna merah, sayup ja kat bawah. Direction "pukul 8" berbanding arah kapalterbang yang aku naik. Satu keadaan yang mengujakan.. Bukan sengaja tapi ternampak.. maybe 5000 kaki kebawah. Entahlah....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...