Wednesday, 20 April 2011

Alhamdulillah, dah dapat RM5,000.

Assalamualaikum….Setelah beberapa lama aku dah dapat mengumpulkan wang yang aku target. Yer.. sebanyak RM5,000 telah berjaya dicapai. Ini adalah hasil usaha kenalan dan rakan taulan dan mereka2 yang perihatin. Aku tak penah buat cerita atau makluman kat mana-mana pun . Hanya memberitahu dan bercerita keadaan sebenarnya. Kali ini aku nak beri peluang kepada semua pembaca untuk join the crowd atau coloni ataupun lebih tepatnya ukhwah ini.


Apa sebenarnya ye nih.. Korang konfius? Maaf yer. Kalau tak mau baca pun tak per. Diingatkan, ni pasal derma tau. Kalau nak baca teruskan, kalau tak nak pun tak pa….
(Nota: Yang RM5,000 tu dah sampai sasarannya.. aku bagi melalui abg aku,, aku suruh ckp ada org kl bagi. )

Mukadimahnya:>
Aku budak kampung , masa budak la 30 tahun dulu, sekarang dah bukan budak lagi, jgn silap,, dah beranak pinak pun. Tapi kan ... aku tetap org kampung.
Kampung aku ada satu surau. Surau papan…
Yelah kan takkan dua tiga surau pula. Surau tu memang uzur lagi daif, tapi cukup untuk memenuhi keperluan kampung aku la. Tapi kalau ramai-ramai balik kampong masa raya takut juga kot-kot terbolos. Tapi kalau meninggal pun masa solat, ok apa..

Ni gambar dia… surau tempat aku mula mengaji sampai lah la ni, ada improve sikit ja








inilah surau..yang tingkat atas tu.. yang bawah tu rumah org, tuan punya yg wakafkan untuk surau..depan tanah kosong tu tapak surau baru..

ni pandangan sisi


Oh cerita ni ker..?… kalau korang tanak baca pun tak apa,,, yg nak baca teruskan ok..

Masih membaca… ok k..ni bukan about BE or wat ever.. Aku promise dgn diri aku setelah berjaya kumpul dan sedekahkan RM5000, aku nak teruskan dengan idea ni… idea yg aku buat sekarang




Janji aku...

Janji aku, kalaulah org nak derma//sedekah kat surau tersebut aku doublekan jumlah kutipan tersebut dan sama-sama kita sedekahkan. Kira macam top up la. Maaf yer, bukan niat nak riak ke apa. Ini juz nak tumpang sedekah lagi. Tu aja.
Masih membaca? Ni pasal sedekah jariah ni. Masih minat. Ok k.,Nampaknya anda ingin membaca dan ingin menderma..Alhamdulillah.

Sebenarnya aku tak pernah buat macam ni. Nak minta derma Jogathon ke Bacathon sekolah anak2 aku pun kadang-kadang sangat aku bawa pi ofis. Boleh di kira la.
Tapi bab surau ni aku nak cuba jugak cara ni… tak kira.Mungkin tak pernah dibuat org cara mintak sedekah macam ni..

Kita digress sikit ye…,
Kampung aku memang daif. Ye la kat ceruk mana hala kat Kedah tu. Kalau nak cerita pasal tempat tumpah darah memang banyak kan. Korang pun banyak cerita. Kalau aku kata “ ce citer, ce citer” memang tak habis kan.



So nanti la aku karang cerita aku dan kampung kalau masa mengizinkan.. Oh jauh menyimpang ni..

Masa aku kecik2 aku berazam 2 benda untuk sumbangan aku kat kampong aku. Aku nak buat surau dan nak buat jalan tar. Lawak tak pasal jalan tu. Ada ka aku nak buat jalan.Memang dari kecik jalan kampung aku teruk sangat. Bila aku sampai pekan naik moto ayah aku aku tengok jalan elok aja.. Jadi sbg budak kecik, aku geram dan berazam la nak buat jalan. hahahaha..
Mcm tak dak kerajaan.. Ada kerajaan, tapi jalan kg aku diturap tar pada tahun 2007. Terkejut aku bila balik kampong.. ye lah setelah 50 merdeka baru dapat jalan tar.. 50 tahun tu bro..!!!!Sikit lagi jalan tu masuk muzium..sib baik di tar kan..


Huh menyimpang lagi.. ok ok bab surau semula…

Macam ni , kalau korang nak derma dgn satu syarat. Eh ada syarat pulak. Syarat nya kena masuk akaun aku dan jumlah mestilah berakhir dgn sebelas sen..contohnya RM1.11 sen. 3.11 sen gitu. Betul, sumpah, sen-sen aku terima, tak tipu punya.Eh kenapa pulak aku nak tolak , bukan untuk aku..

Ni kalau korang ada akaun maybank la…sebab sen sen senang aku nak monitor. Tau lah yg tu derma/sedekah dari blogger sini…


Susah ke syarat tu?…arghhh kalau susah, ikut suka korang nak masuk berapa amount sbb aku dah kosongkan akaun aku....jadi sen sen pun diterima. Bukan lah selalu duit masuk dalam akaun aku. Mcm lah aku tak leh beza kan..cuma kalaulah esok lusa aku telah tiada..huhuhu


Apa salahnya lunch hari ni dari beli MCD set 10.90 tu ditukar ke nasi ayam ke RM5-RM6,.. balance dia sedekah la. Eh pandai lak aku mengajar..
Eh korang masih baca ke ni???? Entah-enatah tak der sapa teruskan bacaan dah..
Anyway aku terus type jugak…

Ni part yang last ok sikit ja lagi… Aku promise aku akan doublekan jumlah kutipan dan sedekahkan kepada surau tersebut. Tapi jumlah aku nak doublekan ada limit la…cuak jugak kalau tetiba RM ratus ribu masuk. Tak perlu aku bgtau kan jumlah aku nak double kan. Nanti bila aku dapat aku kutip aku cerita lagi berapa banyak aku nak sedekah.Entahlah macam pelik pulak ye aku announce jumlah aku sedekah. Tak pe lah di macam cabaran kat diri aku la.. tapi kan.. Kena ada limit la jumlah aku, suspen jugak walaupun aku rasa tak ramai yg teruskan bacaan…

Eh, boleh ke aku dapat collect cara ni. Bukan riak kan,, tak tak !!!!
Entah la aku cuma mencuba, dan bukan untuk diri aku… sapa yang kenal aku tau lah...

p.s
korang nak tau sbb apa hujung dia RM x.11?? kalaulah ada org masukkan...

Sebab, senang kalau duit tu dok masuk kalau aku telah tiada,.. (insafkan…kan kan) .Betul ni, manalah tahu kan,.. kena beringat beb.


Dan sedekah tu dok terus masuk pulak dalam akaun aku. Tahu lah Lurvy atau sahabat aku yg baca ni boleh channel kan duit tu kat mana tempat sepatutnya. Sebab sah-sah bukan duit aku.

Ni gambar progress terkini… masih sempat lagi kalau nak hulur sedekah… banyak lagi perlu duit tu.

alhamdulillah , progress terkini: pandangan dari bendang depan rumah ayah aku...



(progress macam ni setelah dekat 3 tahun kotttt..entah , aku pun tak ingat sbb agak lama)










p.s 2..


my Maybank account no: 5140-5705-1891 Norizan Saleh








12 comments:

  1. Lana da smpai :) n da folow..lau sudi folo lana ya?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. niat yang baik insyaALLAH diberkati ALLAH. err.. saya nak bantu, tapi, saya kecil lagi. maaf ya.

    ReplyDelete
  3. jom follow saya juga

    todayscar.blogspot

    ReplyDelete
  4. akaun ape ?? bg no akaun je tuu...

    ReplyDelete
  5. salam..
    alhamdulillah..
    pkare yg bermanfaat inshaAllah akan dipermudahkan urursannye oleh Allah..
    apepon,ana dah follow cni ^_______^
    moge ade manfaat bersama :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. :) bagus niat awk..

    ReplyDelete
  7. great guy with a great heart..=)

    ReplyDelete
  8. As salam...

    Xde acc CIMB ker?
    Kalau ade tlg emel yer :

    shinju_lala@yahoo.com

    TQ :)

    ReplyDelete
  9. Wasallam..Sinju ,,,saya dah email awak. Jazakallah.
    Syuk chen,,, no lah.. small matter..juz trying to help.
    Budak peghelih..budak kedah sini..wink wink
    izyan, ucu ..tq
    cik batu ..dah masuk nama bank..
    Untuk semua..terima ats perihatin dan sumbangan anda..

    ReplyDelete
  10. Salam.bw here^^ nice blog :)
    Feel free to visit me @ frommetoyou~
    Ada entri baru^^ TQ

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...