Wednesday, 17 October 2018

Nak cerita pasal member kena scam sebenarnya,,,

Assalamualaikum bloggers and readers..


Untuk mencapai sesuatu kita mesti bersungguh dan mempunyai nekad utk berusaha secara berterusan, Kejayaan adalah bukan milik kita yanghakiki, kerana ianya adalah anugerah. Selalunya, kebiasaannya orang yang berusaha yang akan dianugerahi dengan kejayaan.

Yang tak berusaha sudah pastinya secara kelazimamnya tidak  akan berjaya.  Aku akan sharekan bagaimana berjaya mengumpul beberapa portfolio hartanah. Ya dengan bekerja sebagai makan gaji dan kehidupaan di bandar besar. Sejujur tanpa disiplin dalam kewangan dan secara berterusan tentu sukar untuk mencapainya.

Yang penting  kena ada financial disiplin. Oh ya ada orang yang telah berjaya lagi hebat. Aku beriya iya nak share la pulak woahahaha.

Namun ianya adalah subjectif . Quantum dan nilai bagi sesetengah adalah kecil, namun bagi orang lain sudah amat besar.
Pendek cerita, my first bonus,  aku bayar downpayment rumah . Manakan cukup kan. Aku pinjam duit parent. Boleh la kan. Rumah RM100k, downpayment baru RM10K. BAru?..hmmm masa tu macam berpuluh-puluh K kot.

Keutamaan
Pening juga n ak keluarkan duit muka tapi keutamaan adalah keutamaan.  Kereta tak dibeli dulu. Berangkut la dengan wife naik motor.  Aku tak pasti masih ramai tak mak bapak yang nak lepaskan kepada orang yang masih tak de kereta macam aku. Mungkin ada tapi entahlah…

Tapi best la, baru kahwin naik motor je. Setelah beli rumah baru kumpul  duit beli  kereta. Potonsaga!!  TQ la Tun M buat industry kereta Malaysia. Boleh la new family macam aku beli. Tapi aku beli secndhand kot.. Wohahaha.

Pay yourself first.

Bayar untuk diri anda sendiri dulu. Bayar kemana tu?
Bayar dalam account anda lah. Maksudnya masuk kan sebagai saving (simpanan) anda.

Wang yang terkumpul akan menjadi begitu  bermakna pada masa depan. Dan anda tentu nya tak tahu saat dan bila peluang akan muncul untuk anda rebut. Dan ketika itu jika sudah ada simpanan mungkin anda boleh manfaatkan.

Ilmu, ilmu dan ilmu.

Banyakkan mencari ilmu tentang pelaburan dan hartanah. Belajar lah dari kursus, seminar atau belajar sendiri. Belajar sendiri ni adalah melalui pengalaman anda. Kena lalui semua proses sendiri sambil belajar along the way. Its kind of fun sebenarnya. 

Nak cari  loan. Belajar tentang blr, mrt, mtt, deal dengan lawyer. Mengadap banker nak apply nak buat loan.  Dan aku banyak membaca, berpuluh-puluh buku hartanah aku telah baca. Yang paling aku ingat ialah buku-buku Azizi Ali. Berbanding dengan dia aku ni kecik anak la,, tapi hey at least something..

Dia dah diversify dalam emas dan bitcoin lately. Aku aku lost touch dengan ilmu property dia. Aku tak boleh folo dalam bidang gold dan bitcin ni sebab, yang pertamanya knowledge aku cetek dalam bidang emasi, bitcoin atau cypto ni lagilah. 

Yang kedua, setiap orang ada risk profile sendiri, Dan aku punya risk rofile makin averse,,hahaha. Aku lebih suka yang tangible, i.e benda yang aku boleh  nampak.

Risk profile tu apa sebenarnya? Nanti aku akan sambung.. Nak tengok cerita Mr Ngok Ngek jap..
 teman Lury.. Aku kalau Lurvy mula layan cerita mesti agak berhantu punya.. aku pun terlayan,...

 habis tu nak buat apa lagi.


Ok sambung,,

Let digress a bit,
Aku nak cerita pasal kawan aku kena scam.. Adoii macam mana lah dia boleh kena. Tapi benda tu memang berlaku.

1. Dia tengok iklan fb, nak buat loan mudah. Hubungi syarikat bla bla bla

2. Bukan along, tapi syarikat yang nak bantu orang proses loan. Dia pun call.

3. Syarikat tu siap wassap name card. Kemudian minta document seperti payslip dan borang EA.

4 Kemudian mintak bayaran proses. Ermm part ni  tricky, Tapi bila depa janjikan boleh dapatkan loan 100k, yuran proses 3000, confirm lepas punya loan… apa ada hal kan. Nak dapat 100k,

5. Setelah tu depa  ( syarikat scam ni) akan email pdf, surat pengesahan ( atau offer letter) dari bank mengatakan pinjaman tu dah lulus. Siap letterhead bank,, dan terma-terma pinjaman sperti tenor, instalment dan lain2 lagi.

6, Macam real surat tu. Tapi ada trick. Syarikat tu kata banker (pegawai bank) yang approved loan  minta “sumbangan’  RMxxxx sebelum loan tu boleh di kredit dalam akaun .

7. Something fishy kan, dengan tak pernah jumpa, dengan tak tau dengan bank mana yang syarikat tu tolong adjust nak bagi loan lulus, semuanya urusan melalui Whatapps.

8. Namun mungkin betul kot, pegawai bank nak upah. Maka dibayar lagi , Transfer melalui akaun.

9 Lepas tu senyap, orang yang dok Whatapps pun senyap. No kena block, Apa pun tak dapat, Tungu punya tunggu, duit loan tak masuk pun dalam akaun. Duit habis ada la.

Ini lah yang berlaku, Memang kena berhati2 dengan scam dan scammers ni. Memang depa main psycho dengan mangsa. Dan akhirnya memang jadi mangsa..

# jangan tertipu dengan janji mudah lulus, mudah dapat loan.
# Verify information dan cross chek dengan bank. Amik masa dan jgn gopoh.

#Kalau dah rasa fishy tu , ermm memang fishy lah!! Listen to your heart,, as simple as that!!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...