Life is short . Indeed, it IS very short. Jika kita menoleh kebelakang, ke zaman atau masa sebelum sekarang dan berfikir sejenak..
Sudah berapa lama masa kita sejak dilahirkan hingga saat anda membaca coretan ini.
20 tahun?
30 tahun ?
50 tahun?
70 tahun?
Anda pasti,?
Atau ia hanya hanyalah sekilas lalu. Sekadar masa lalu. Ya, sekilas je masa. Zasss
Masa anda dilahirkan (atau bila-bila saja masa dulu ) dan, ...kini.
Anda isi lah masa tersebut dengan aktiviti apa-apa yang anda lalui, Berjalan, bermain . belajar. Boleh isi kan dengan panjang lebar, sedetail-detailnya. Kemudian, done. Dah lepas!
Hakikatnya ia adalah masa lalu. Semua tu dah tak relevant, unless you learn something from it.
Hakikatnya ..masa adalah dua bahagian..
Masa lalu dan sekarang.
Ada dua chapter/bahagian sahaja.
Masa depan? Future ?Arghhh.. chapter ke3 ni kita tak pernah tahu.
Ini masa depan (kita di dunia ini ) bukan masa kita. Allah yang punya dan Dia tentukan.
Namun kita perlu merancang sebab diberikan akal untuk memikirkan masa depan .
Tapi sampai ke idak kita ke masa depan tersebut ...Wallahualam.
Kita hidup untuk masa sekarang. Buatlah yang terbaik sekarang! Esok tatau ada ke idak.
Chapter ke -3 (yang hakiki) adalah masa depan atau yang tepatnya zaman akhirat. Ha .. yang ni pasti.
Tak percaya, tak beriman.
Jadi apa nak kita buat sekarang?
Satu tip aku nak kasi tau....
Pernah tak kita kata" kalau dapat gaji nak bagi org tua sedikit wang tanda ingatan?
Atau nak sedekah kat masjid itu ini bila dapat bonus?
Atau nak belanja sahabat bila dapat kerja/gaji pertama?
Atau nak bawa parent gi umrah?
Atau nak bantu jiran yang anak-anak mereka macam tak cukup wang utk persekolahan?
Atau banyak lagi good deed yang kita fikir kita nak buat tapi bila sampai masanya kita sengaja tangguh. Bila ada duit di tangan kita kata nantilah? Kenapa jadi macam tu. ?
So tip nya ilah...do it now..!!!
...kerana hanya masa sekarang anda boleh melakukan!
Sedetik di depan belum tentu...
Di masa yang lepas sudah pasti tak boleh ulang kembali.
Yess... now..
just do it .. all the good deeds counts.. thereafter.
p.s walaupun pun seringgit anda sedekah.. dari tak de apapa langsung.
Yess... do it now
ReplyDeleteBerdasarkan pengalaman lalu Mrs. A memang akan guna pakai do it now tu sebab bertangguh punya hal menyesal sampai ke hari ini. Ralat-seralat ralatnya