Friday 5 October 2018

Gunung Kinabalu telah ku tawan.

I  was on the top of the world, literally.

Aku masih tak percaya. Yes! Aku telah berjaya mendaki gunung Kinabalu!!. Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Aku perlu tulis coretan ini ketika masih teruja dan ketika kaki masih sakit.

Biar gambar berbicara kemudian, di bawah coretan ini. Ku nukilkan  segala yang tersirat dahulu. Memang aku agak cemas didalam keterujaan memulakan pendakian. Dengan batuan yang curam, dengan ketinggian, kesejukan dan cerita cerita dari mereka yang pernah daki, memang saspen woooh.

Dalam grup kami sudah ada yang mendaki sebanyak dua kali. Dia macam tak serik , so aku rasa aku mesti boleh. (c.c. Aqim)

Jika kau katakan boleh...


..kau pasti boleh melakukan.!!


 Itu lah motivasi utama. Mental kena kuat dan doa supaya tiada apa-apa aral seperti "AMS" atau kecederaan. Yang penting latihan dan persediaan mesti kena cukup. 

Mula-mula aku amat risau sangat pasal AMS ni. Ye lah benda kita tak boleh kontrol. Kalau kena, kenalah. Dan kena batalkan hasrat nak  ke puncak. Sebab risikonya amat tinggi.. kalau nak gagahkan juga pun, Malim Gunung takkan benarkan. Thats it. Habis harapan!

AMS : Acute mountain sickness

Ianya ialah satu keadaan di mana fizikal kita ok.,gagah tapi kita akan pening-pening. Hilanag sense of direction dan fokus akan hilang. Antara simptomnya muntah-muntah, sakit kepala , rasa macam nak demam dan sakit perut serta mual. Ini yang aku paham dan tengok rakan-rakan yang alami. Ubat untuk elakkan AMS ni memang ada, tapi tatau berkesan ke tidak.


Kalau dah kena AMS pertengahan jalan dari Laban rata ke Low's Peak memang tak dak ubat. Kena turun ke bawah semula lah. Risikonya amat tinggi..


Itu saja solusinya..


Jadi kena mesti cuaba elakkan musibah ini. Antara petua yang diberikan ialah minum banyak air, pastikan rehat yang cukup dan jangan terlalu cepat mendaki. Ini adalah kerana udara dan oksigen di tempat tinggi amat tipis. Akan menjadi masalah jika badan tak sempat acclamatise dan adapt dengan environment sedemikian.



.....


Lurvy call kerap juga, peringat itu dan ini. Time aku pegang phone nak call dia call dulu. 2, 3 kali jadi macam tu. Cuak juga dengan kebetulan ni. 


Sebelum panjat pun ada dia call. Tak sempat aku nak call. Tawakkal je lah. Tapi cemas juga kot la itu last aku cakap ngan dia dan anak anak. Perghh, ye lah beb panjat tempat tinggi tuh.. Banyak kes yang tragis juga. 

Apapun training dah buat . Panjat gunung  pun sudah, Boleh kata tiap tiap hari exercise , makanya terserah pada Allah lah..

Sayang memang sayang nak tinggal Lurvy dan anak-anak tapi ketentuanNya mana-mana pun akan terjadi.




So,,  misi pendakian pun bermula..


29/9/18


Bertolak dari KLIA bersama MAS jam 9.15 pagi, Sampai KKIA lebih kurang 12.00, bas ambil kat airport dan terus ke tempat makan di satu restoran  di kawasan Telipot.


 Our big boss belanja..lagi. Thanks


Kemudia bertolak ke Kinabalu park, checked-in kat Twin Rock. Lepas tu dinner.

Dengar final briefing dari team leader. Balik bilik packing barang. Asingkan sedikit untuk porter aka malim gunung angkat ke atas.

30/9/2018


Pagian lagi bangun dalam kesejukan untuk subuh. Sejuknya air hingga ke tulang. 


Gilos, kenapa takde heater wehh. Sejuk pun sejuk lah. Mandi ais orang kata terapi juga, kan ada orang belah belah Rusia terjun dalam tasik yang berasi musim sejuk, arghh depa tua-tua pun boleh, 


Ini setakat air sejuk Kinabalu takkan aku tak boleh.. Tentu bisa bahh!!
 Kemudian berjalan menuju Restoran Balsam untuk bersarapan pagi. Setelah itu balik semula ke bilik dan bersiap sedia. 

Setelah selesai ambil tag di kaunter pendaftaran dan bergambar beramai-ramai. lebih kurang pukul 10.00 pagi . Kami bergerak ke Timpohon Gate untuk final briefing oleh Malim Gunung.


Disebabkan ramai kami dinasihatkan oleh malim gunung supaya bergerak ikut "pace" masing-masing. Siapa yang laju boleh bergerak dulu, kemudian sederhana dan yang nak daki slow pun ikut lah.


Yang penting sampai di Laban Rata sebelum pukul 6.00pm. Paling lewat pukul 7.00pm. Iu pun sudah gelap , seperti pukul 8 mlm di semenanjung. Risiko sampai lewat ialah, pertama, dinner sudah habis. Last sekali dalam 7.30 pm  sudah tutup restoran. Yang keduanya ialah kegelapan dan akibat kelewatan tersebut, pendaki tak cukup rehat dan tak "kondusive" untuk ke puncak pada dinihari besoknya. Akibatnya, tunggulah di Laban rata hingga team lain kembali dari puncak,, Huhuhuhu..





Bismillah...

10.35 pendakian pun bermula. Mula nya agak rancak langkahnya. Persis orang muda belasan tahun 

Semua bersembang galak dan rancak. Kemudian melalui Air Terjun Larson.
Selepas 20 minit sudah terasa kesannya, lutut dah mula terasa. Sembang pun makin kurang. 
Semua tumpu ke arah depan yang mana kelihatan cerunan yang meningkat naik. Naik dan naik..

Di selang seli dengan tangga kayu yang dibina untuk memudahkan. Ada juga tangga dari batuan.

Udara makin bertambah nyaman ( dibaca: semakin sejuk ). Kemudian melaui Pondok Kandis. Pondok ini aku telah sampai ketika trip family ke Kundasang. Tempat berehat satu ketika dahulu sebelum Lurvy ajak turun. Oh.. terfikir juga kalau aku tak boleh jumpa Lurvy lagi.. Eh seriuos ooo. Bukan kecik anak Si Kinabalu ni. Nak nak yang first timer macam aku ni. Yang pernah daki hanyalah Bukit Broga, Gunung Datok dan Gunung Angsi. Novice habis.


Kaki terus ku atur segagahnya. Sambil bergambar sebanyak mungkin. Kata orang masa naik ni lah kalau nak ambil gambar, turun dari puncak nanti dah tak macam orang. Penat , terlalu penat.


 Kemudian melalui Pondok  Ubah. Masa dicatat: pukul 11.18 am . Lebih kurang 45 minit mendaki sudah bah.

Berenti kejap melepaskan "lelah". "Penat" tak hilang hilang dan perjalanan perlu diteruskan.. Tiada ungkapan melepaskan penat lelah sebenarnya.


 Dan teruskan perjalanan lah aku perlu buat...


Seterusnya melalui satu laluan seperti antara dua bukit. Cantik. Suasana sudah berkabus. Lagi menampakkan keindahan dalam suasana sejuk. 


Selepas itu menapak lagi dan mendaki lagi hingga kalau tak silap pukul 1.45 pm.. Hujan mula turun dengan lebat. Ketika ini kena pakai baju hujan. Kalau basah dan udara sejuk dan angin sejuk menerpa, menimbulkan masalah. Boleh jadi hypotemia.

Baju hujan adalah peralatan yang mesti ada untuk mendaki Gunung Kinablau.


Setelah meneruskan perjalanan dalam sekian lamanya sampailah ke Pondok Vilossa, juga hentian yang seperti banyak hentian hentian lain utk berteduh . Juga ada disedia tandas untuk kegunaan pendaki.  Kemudahan disediakan oleh Kinabalu Park ni terbaik lah. Liputan internet pun boleh dapat, boleh dikatakan sepanjang pendakian.


Memasing ada buat live fb book. Aku fb live tak lah reti sangat. Tak pandai nak cakap kot..Wohahaha

Depa dok buat tu , bukan apa, nak hilangkan penat kot.

 Aku hantar beberapa whatApps video ke family. 

Anak-anak terkejut: "Ade line ke abah??"

Tapi suara mengah mengah.. Dengan hujan dan udara makin menipis agak sukar untuk bercakap macam biasa. Kemengahan pasti terdengar. Mengah ya bukan megah.


2.45pm. Sudah sampai jarak 5km.


1 km to go ke Laban Rata.

Betullah orang kata last mile( or km) is the toughest!!

Sangat sangat penat utk meneruskan perjalanan. Mental kena kuat. Badan sejuk . Hujan masih turun. Akhirnya aku and sebahagian dari team sampai ke Laban Rata beberapa minit sebelum pukul 4 pm. Ada juga yang telah sampai lagi awal.!!! Depa ni taraf Malim Gunung sebenarnya. Pecut macam pelesit!!

Jika dihitung, masa mendaki dari pukul 10.35 hingga pukul 4pm ianya mengambil masa 5 jam 30 minit. Huhh.. letih ya amat!!


First stage completed!!





Calm before the storm..


With my buddy.. akan kami cuba tawan Gunung Kinablau

Beautifully located  and nice food at Balsam Restoran

We just couldnt expected what may lies ahead as yet.

Subhanallah .. Beautiful created by HIM. Nikmat apa yang kamu pernah dustakan? Ever wonder how beautiful Jannah is? We just cant imagine.. but it is super beautiful.. In sha Allah ..

Every step u take.. every breath u inhale.... it will be become nearer to the destination,, Just keep walking and hiking.
One step at a time, a little progress counts.

You can do it my fren!!


Another 1km..come on


At Laban Rata. Rain still drizzling.. What a feeling.!!
Sampai je ambil ambil kunci.. Change to dry cloth kemudian turun dinner . Lepas solat semua, kemas beg untuk esok dan tidor around 8-9pm.


Day2     


01 Oktober 20118

2.00 am.. Ya aku taip betul! 2.00 am kami sudah bersiap sedia untuk "summit attack".  Terma yang digunakan oleh hiker untuk "push" ke puncak. Hujan masih turun. 

Ku harap dan doakan agar hujan berhenti. 

Demi keselamatan kami semua.
Demi untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah.


2.40 . Selepas "head count", doa pun dibacakan mohon keselamatan pasukan seramai 42 orang. Selepas tu kami bergerak ke puncak 

..dalam kehujanan, 

...dalam kesejukkan, 

..dalam kegelapan. 

Hanya "head light" memimpin perjalanan, sambil berpandukan lampu orang didepan, dibantu terangnya lampu orang di belakang. Semua saling membantu dan dibantu..

Kepenatan mula terasa. tetapi mental terus menggesa. 

Dorongan kenkawan menambah kudrat.  Hanya kelihatan lampu lampu di atas. Tampak tinggi, namun hanya lampu yang bersuluh. Tiada cahaya untuk melihat jauh. Jarak terbatas oleh lingkungan headlamp sahaja. 

Tapi lampu mereka yang telah sampai di atas memang tinggi!!

Arghh mereka boleh.. tentu aku juga bisa.!!1

Sampai di Sayat-Sayat, "tag" permit diperiksa dan ditandakan nama di atas rekod mereka (rekod  Malim Gunung/ Staf Kinabalu Park).

 Ketika ini masih lagi belum masuk subuh. 

"Teruskan lagi " cadang mereka yang lain.

"Subuh lambat lagi" kita solat bila kita jumpa batu yang rata kat atas sikit.

  Aku yang pertama kali, tak tahu wujudkah tempat yang rata untuk subuh yang akan masuk 20 minit lagi. Dalam gelap aku perasan semua condong saja laluan tersebut.

Sampai di satu kawasan ( masih gelap) jam penggera Irfan berbunyi menentukan sudah masuk waktu Subuh di kawasan Kinabalu, Misi mencari kawasan rata dan tak berbahaya untuk solat.
Ok muat muat empat org berjemaah. Yang lain kena cari tempat rata yang lain.

Pengalaman solat subuh berjemaah atas gunung Kinabalu takkan ku lupakan.

Dalam hujan..
... dalam gelap,


Usai solat, langkah diteruskan. Berhenti menghela nafas disamping membiarkan badan adapt dengan ketinggian. Udara makin menipis. Ingatlah nikmat apakah yang telah kamu dustakan.??

Udara percuma dan sentiasa dihela dengan selesa setiap hari..

.kini mulai menipis!!. 

Biar lambat asal selamat. Lagipun laluan berbatu dan basah boleh membahayakan jika tersalah langkah.

6.15 am aku sampai ke puncak. Suasana masih berkabus?.Suasana masih hujan?. Hujan atau kabus aku sudah tak pasti. Yang pastinya aku telah sampai di Low's Peak. Puncak tertinggi di Asia Tenggara. 

Alhamdulillah.



























2 comments:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...