Wednesday, 14 November 2012

Perihal "Maid"

Assalamualaikum bloggers and readers..

 Lebih RM12,000? Sila rujuk SINI

 Begitulah jumlah kos atau ongkosnya untuk mendapatkan pembantu rumah daerah Malang , Indonesia. Ahh dari mana- mana daerah di Indonesia lah senang.. Bukan dari Malang saja..


Malang tak Malang sama sahaja..(ada kan tempat nama Malang kan)

 

Mahalkah? Ala bukan Rm30,000 pun ,,kata mereka. Kalau nak bayarlah!!!..
 Atau terlalu mahal kah hingga perkara ini tak pernah selesai sekian lama.. Sebenarnya harga atau gaji adalah sesuatu yang subjectif. Ada yang merasakan gaji tak pernah cukup.

Ada yang nak lebih, kerja tak seberapa. Ada yang “underpaid” atau kononnya underpaid. Ada yang mengambil kesempatan akibat keterbegantungan kita. Ada yang sesaja menyusahkan. Ok, coretan aku berkisar tentang pengalaman meggajikan pembantu rumah.

 Terima kasih kerana sudi berkhidmat dengan keluarga kami untuk sekian tempoh. Semuanya ada 4 org maid telah berkhidmat dirumahku. Ye lah kan tak disangka boleh org Indonesia yang tak pernah terfikir untuk berkunjung kerumah ku, atau tak terfikir untuk bertemu, boleh menetap dan bekerja dalam rumah. Secara peribadi aku tak inginkan maid dan tak suka maid dalam rumah.

 Masalahlah.. Lurvy keja kalau MC pun tak selesa. Kalau sakit sikit2 tu Dr nak kasi Mc pun tak naklah. Baik datang ofis.

Yang kedua, aku tak suka maid masak . Tu yang makan memilih . walau dirumah. Maid aku mula-mula kerja 3 tahun.. Then mau balik negara, ok lah kalau dah nak berhenti. Kemudian datang yang baru, Ada yang kerja setahun saja . Mungkin tak sesuai, tak serasi atau tak suka. Terpulanglah… Mana leh paksa. Cuma cakap terus terang dengan kami… Bukannya maid tu hamba ke apa. Boleh diskuss and mutually agree..
Nak berhenti, berhentilah…

 Keluarga aku besar . Anak 7 orang..

 Sebelum anda kata Haaa?? Wahh!!! .., aku nak sahkan yup anak 7 org. 

 Aku survive tanpa maid.. Mungkin “survive” big word…Tapi hakikatnya kami boleh lakukan.. Especially Lurvy boleh cope walaupun penuh jerih perih…. 

 Oh one more thing, my house is not biGGG enuff for another permanent resident.. Ok kena cari rumah yang lebih besar lah.. doa doa kan boleh tercapai …ok ..


 Jadinya.. eh kat mana tadi? Ok jadinya, tak perlu lah risau sangat tentang kepupusan maid dari Indonesia ni. Buat dek saja..jgn gelabah bewak sangat… dan Papa ke MAMA jangan lah panic sampai kata nak kena gulung tikar…
Rujuk SINI 

Tiap2 masalah tu ada peluang.. Apa kata Agen Maid amik training bukak nursery pulak.

Amik pekerja 5- 6 org dah boleh tolong selesaikan masalh 10- 20 keluarga..

Masyukk juga kot kalau bukak nursery Kalau benar2 nak tolong keluarga di Malaysialah.. Kalau nak cari untung dgn maid tak boleh kata apalah.. Jadinya, (jadinya lagi,, apa punya ayat daaa).

 Ayuh Malaysian!! Take it with stride…. We shall overcome.

Apa yang sanggup dibayar oleh pihak Malaysia telah dibuka atas meja rundingan..

 Kalau depa tak nak, lets move on.

 To be fair , Pihak Berwajib Indonesia pun nak jaga kebajikan warganya

 Cumanya jangan issue ni jadi “ransom” pulak sampai kemelutnya terus berlarutan..  Jadilah kita bangsa yang berinnovasi untuk selesaikan masalah… Jangan jadi terlalu bergantung kepada bangsa Indonesia (di baca, pembantu rumah Indonesia).

Alangkah rendahnya kita kalau terpaksa bergantung kepada pembantu rumah Indonesia untuk kesinambungan pembangunan fizikal dan insaniah negara.

 Kalau tak ada WIN-Win solution, lets agree to disagree and hidup mesti terusssss

Come on….. Maid problem is a small problem lah!!!

3 comments:

  1. susah gakkan. kesian org yg perlukan maid tapi kena byr mahal2. nasib baik la masa nik kecik dulu, umah ade maid tapi org melayu.so masak ikut selera kami. skarang ni mmg jrg la jumpa maid melayu.

    ReplyDelete
  2. 7 orang anak dan boleh survive takde maid? ok, saya tabik spring!

    ReplyDelete
  3. ye.. saya baru tau tuan punya blog ni ada 7 orang anak..
    Moga murah rezeki.. amin..
    Mengenai maid.. saya tak suka ada orang luar bersama dalam rumah sendiri.. rasa tak selesa, tak bebas.. lagipun masih mampu untuk menguruskan sendiri hal dalam rumah.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...