Friday 16 November 2012

Elak bencana kebakaran..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kita dalam kehidupan ini, perlu jangka apa yang tak terjangka... atau pun "expect the unexpected".
Terharu juga dengar berita 4 sekeluarga mati akibat lemas asap dalam kebakaran di Taiping. Alfatihah untuk keluarga mereka...

Kebanyakan mangsa adalah akibat asap,, sesak nafas akibat asap dan toksik yang dibawa asap.

Bila berada dalam rumah 2 tingkat risiko utk terperangkap dalam kebakaran adalah tinggi..


So inilah tips yang boleh diterima pakai, ada yang aku sedang praktis

Alat pengegera asap

  • Pasang penggera asap. Yang portable punya.. Aku ada satu tapi alhamdulillah benda tu dok senyap lagi.. Sekaali sekala kena perasap juga untuk pastikan ianya berfungsi... Perasap maksud letak asap supaya sensornya boleh dipastikan hidup ke tak. Bukan perasap bomoh ye.
  • Grill - pastikan boleh di buka dari dalam. Jangan kunci kalau selalu misplace kunci. Cuba reka cipta selak yang susah dibuka dari luar.
  • Maklumat- Pastikan anak2 "aware" cara dan kaedah dalam saat cemas. Contohnya suruh diorang merangkak kalau banyak asap dsbg. Nak kena peringat balik sekali sekala. Aku pun dah due dah ni
  • jangan on laptop dan tab atau smart phone sambil menggunakan atas katil sebelum tidor..
  • Selain itu berdoa dan tawakkal supaya di jauhi bala bencana..


KAlau kawan2 ada tips lagi molek juga dikongsi





6 comments:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...