Monday 5 November 2012

Let me tell you another story


Assalamualaikum my dearest readers and bloggers:
Let me tell you another story…. Hope u will enjoy it and read it thoroughly…
It been quite some time since I told you last story.
Oh,, bukan cerita Skyfall Jame Bond… U heard that a lot already by now..
Just keep on reading.
--------------------------
Ceritanya bertajuk “ Mangkuk kayu”.. Ianya bukannya mangkuk kaca ataupun mangkuk ayan. Mahupun mangkuk hayun… J
---------------------------
Ok, let move on to this touching story.
Mungkin kita boleh refleks apa yang telah berlaku atau bayangkan apa yang akan berlaku dalam kehidupan kita. Mungkin kita akan terus mengingati cerita ini.
------------------------
Kisahnya:
Seorang lelaki tua tinggal bersama keluarga anaknya, di mana isteri begitu anggun ( menantunya) dan cucunya.
Tangannya menggeletar, matanya yang kabur dan langkahnya begitu goyah dan teragak-agak, seperti lazimnya org tua.
Waktu makan, waktu bersama keluarga dihabiskan di meja makan utama. Bayangkanlah seorang tua yang menggeletar tangannya, tentulah nak makan pun susah. Habis nasi lemak berselerak di tepi pinggan. Melekat di mulut, berterabur atas meja, kerusi dan lantai.
Bila mencapai air, kekadang terlepas gelas lalu pecah. Bukan itu sahaja, camca pun berdeting jatuh dua tiga kali sewaktu makan.
Anak menantu (si isteri) merengus dan menjeling suaminya takkala suasana makan terganggu dengan bunyi kunyahan org tua, bila suasana makan terhenti kerana terpaksa bangun mengutip sudu, mengelap sirap yang meleleh ke arahnya ataupun, kekadang bangun mengutip kaca.
“Huh tak boleh jadi ni, Kita kena buat sesuatulah bang” Kesabaran yang tidak tersabar lagi.
“Tak larat la nak kemas macam ni” Sambil mengharap simpati suami
-----------------------
Maka anak dan menantunya sediakan meja kecil di dapur . Hampir dengan pintu belakang, berdekatan dengan bilik air. Makanlah org tua itu seorang diri dan kesunyian. Sesekali terdengar jatuhan camca yang kadang-kadang dipedulikan, kekadang dibiarkan org tua itu terkial-kial mengambil sendiri. Dalam pada itu tidaklah dia dimarahi oleh anak menantu kerana dia tahu mereka menyanyanginya.
Oleh kerana banyak yang pecah, Mereka menghidangkan makanan dengan mangkuk kayu. Mangkuk kayu yang cantik juga dan tidaklah disediakan plastik kerana menghormati ayah (mertua).
Sesekali mereka sekeluarga menjeling melihat.Si ayah makan sambil menitiskan air mata. Tak terbit tutur katanya menggambarkan kesedihan hatinya dipinggirkan sewaktu makan.
_______________________________
Cucunya berusia 5 tahun memerhati dengan perasan ingin tahu. Namun begitu, tidak juga ditanyanya kenapa atuknya disuruh makan sendirian..
------------------------------------
 Satu petang…
Sebelum mandi pada waktu petang… si bapa terperasan anaknya menggunakanalat mainannya sambil mengorek bahagian tengah bongkah kayu yang dikutipnya.
“Apa Boboi buat ni, kayu apa ni” Tanya si ayah dengan penuh perasan ingin tahu dab bangga. Mungkin nak buat senapang.. kereta atau nak ukir org atau arca….?? Si ibu juga kebetulan menghampiri…
“ Oh, nak buat mangkuk kayu untuk abah dan mak.. bila saya besar nanti….” Senyum anak sambil terus manggarik-garikkan kayu tersebut.....
Kata-kata tersebut terus menikam  kalbu  ibu bapanya. Dalam kekeluan bahasa , titisan airmata terbit perlahan-lahan..Sambil memerhati satu sama lain dan bergetap bibir menahan sebak, mereka sedar apa yang harus dilakukan..

Pada waktu makan malam , mereka menghampiri si Ayah yang telah menunggu keseorangan di mejanya. Matanya kosong merenung keluar dalam remang senja sambil menunggu makanan yang bakal dihidangkan dalam mangkuk kayunya. Anaknya menghampiri lalu memegang tangan kanan ayahnya dengan penuh kasih sayang lalu memimpin ke meja makan utama, tangan kirinya disambut menantunya………..untuk makan malam bersama-sama.

BTS,,, 4/nov/2012

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...