Wednesday 12 September 2012

Hari yang padat juga

Assalamualaikum bloggers,readers..

Agak kepenatan hari ini. Aku pergi mengambil kereta yang diservis di Jln Kelang Lama. Ye lah setelah lama tak naik bus kan. Lurvy nak hantar tapi selepas tu dia nak ke UPM, jadi aku suruh hantar kat bus stop. Boleh juga "observe" kecekapan pengangkutan awam.

Dari 10 aku bagi rating 6 lah tahap servisnya. Agak bagus tapi tu lah, lama la melahu dalam bus tu sementara nak sampai.
Kemudian tak boleh agak tempat nak turun ..kena jalan lagi. Penat

Kemudian ke kedai tayar. Sebenarnya cuti aku buat kerja kerja personal, konon anak sedang periksa. Baik dia berjuang dengan caranya. Aku ada cebisan tugas dan tanggungjawab lain...
Sedar-sedar dah pukul 6 lebih. Manakan nak masak untuk berbuka lagi. Akhirnya tak kesempatan, maka hidangan sang Kolenel ku bawa pulang...

P.s Setelah bertahun mengajar, kini Lurvy jadi pelajar semula...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...