Monday 13 August 2012

Mana lagi best....?

Petang Jumaat aku balik kerja. Borak dengan Lurvy. Sambil layan internet. Aku tahu dia mesti syahdu punya kalau tengok .

Aku pun sama... Aku on ja laptop, pastu suruh dia layan. Aku pun keluar siram pokok.
Habis saja aku tengok mata dia bergenang. sebak juga dia tengok iklan ni.
Aku pun sedih juga. Almaklumlah terkenang emak aku yang tiada.

Pastu aku suruh layan iklan Petronas. Strangers. Huh, memang stranger pun aku rasa.

Ok... ni cerita iklan lah.. Yang pertama iklan Bernas. Iklan yang mengesankan. Ok ok, cerita usang jugak kan. Ramai dah tengok. Tapi aku nak ulas pendekatan iklan dari dua syarikat, Bernas dan Petronas.

Kedua-dua iklan mempunyai pendedekatan yang berlainan. Sama-sama menyentuh emosi. Iklan dari Bernas menyentuh rasa kerana tersangat dekat dengan realiti ataupun warna-warna kehidupan kita, walaupun mungkin sekadar iklan. Manakala Petronas menyentuh emosi dari segi kejauhan di perantauan.

Salur galur penceritaan Bernas lebih jelas dan setiap scene begitu jelas kesinambungannya, manakala Petronas pula ada unsur yang agak negatif ( jika aku boleh gunakan ayat negatif)
apabila ada kecurian telur ayam berlaku. Mungkin boleh dimaafkan apabila kanak-kanak yang melakukannya?

Iklan Petronas lebih kearah kebanggaan atas kejayaan Petronas dan boleh menimbulkan semngat patriotisme, mungkin juga mengambil kira raya dan merdeka. Dan sedikit sebanyak memaparkan mundurnya negara "itu" berbanding "kita". Mungkin....

Bagi aku, Iklan Bernas lebih menyentuh rasa dan jiwa. Bukan sahaja untuk org Melayu dan Islam tetapi for all, kerana ianya lebih "inward looking or soul-searching".

Istimewanya Petronas kerana ianya berjaya memupuk rasa bangga atas kejayaan mereka dan kesanggupan anak-anak muda Malaysia berbakti......

Apapun pilihan aku ialah Iklan Raya Bernas...

Untuk tatapan, kalau yang belum lihat:

.. Iklan Bernas




Dan Petronas...


3 comments:

  1. seyes kalu sue xbole pilih. dua2 best ^^

    ReplyDelete
  2. yang paling ..?? paaaaling.. ok ok undecided ye

    ReplyDelete
  3. dua-dua ada penyampaian and maksud yg tersendiri..tp yg lebih menyentuh perasaan bg Wawa..iklan BERNAS..tiap kali tgk air mata jatuh..sedih..hukhuk

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...