Friday, 10 August 2012

Cool ok....

Jangan gundah gulana. Kalau dah tersangkut dalam jem tu tersangkutlah. Balik kampung beraya memang macam tu. Bukannya tak biasa. Nak pening pening buat apa. Lagi pun bulan puasa kan. Nak cepat sampai, nak rasa masakan mak pun belum boleh berbuka lagi. Janganlah syahdu sangat….. hehehe

LIFE IS TOO SHORT.” Jangan pendekkan lagi usia dengan kemalangan.

Enjoy lah apa dipersekitaran anda. Penat berjalan berhenti melepaskan lelah. Kereta pun perlu di sejukkan enjin juga. Pinggang pun sakit kena streching jugak.

"Pelan pelan kayuh, kata orang";Nanti sampai jugakk..

InsyaAllah sampai dengan selamat. Kalau nak berasak-asak, cucuk sana sini. Tukar lane sana sini, bikin tension saja..

Cool ok . Layan je anak anak dalam kereta. Borak borak dan gaduh gaduh dengan diorang.

Berenti makan kalau drive malam malam. Pekena kopi secawan dua.

Bak kata iklan : “Mai secawaennnnn””

Bila lagi nak “get close together” dengan family dalam tempat yang “cramp” dalam kereta kecuali saat macam ni lah.

Pedulikan mereka yang tak sabar. Jangan dilayan. TAKE YOUR TIME. Rilek sudah. Kampung ada kat situ la jugak. Kita tu kalau kelam kabut tak tentu boleh sampai. Bukan nya ada emergency pun kat kampung. Ok.

Suasana ceria nak balik kampung. Sesak macam mana pun tak terasa sangat. Jadi nak kalut tu kenapa. Lagi cantik sampai saja dekat nak berbuka. Ala kalau miss pun pergi la makan kat tempat yg selalu dok pi makan zaman duduk kampung. Kan nostalgia.

Kepada sesiapa yang tension la pikir jalan jam, sesak la… Nasihat aku …cool ok. Memang dah macam tu. Tension pun tak guna.

Selamat balik kampung minggu depan!!! Pandu selamat ok . Dah check kereta????


KLCC.... coooool. MAcam nak hujan..

3 comments:

  1. ya betul... tak perlu tensen2... beli cd ustaz azhar idrus.. dgr dlama kete.. leh ketawa tak hengat dunia.. hihiks

    ReplyDelete
  2. hye...moga perjalanan semuanya ok..selamat balik kg..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...