Wednesday, 7 September 2011

Gambar tinggalan kesan manusia di bulan.

Salam…
Wokeh.. nak cerita pasal raya atau apa saja sekarang ni… Pelbagai topic politik keluar masa raya tempoh hari.. Macam macam.. tapi sebenarnya aku nak menulis pasal NASA dan pengembaraan di bulan….. Sebelum tu digress sikit.

Lepas raya aku balik ke Selangor hari Khamis. Jalan agak jem,, Biasalah kan hari Jumaat dah ramai org bekerja.
HAri sabtu sempat pergi open house dan hari ahad ada jiran aku Cina, datang umah. Malam… sempat sembang lagi..

Dia org politik. Banyak la yang dia story kat aku.. Aku nak cerita pasal Islam kat dia. Sbb dia ni hampir-hampir peluk Islam dulu tapi entah macam mana tak kesampaian . Aku tak ingat sbb apa, dia ada cerita kat aku sbb mungkin tak terbuka hati…..

Ok lah dia dok cerita pasal Cina tuntut 2 buah sekolah kawasan puchong.. Kalau tak dapat memang tak akan sokong gomen.. Gomen mana aku tatau…

So aku cakap kat dia..kenapa perlu sekolah aliran ni???
Kalau dah sekolah cina bagus, for the sake of the nation,,bawa lah modul tu kat sekolah kebangsaan.. dia kata sekolah keb tu sekolah melayu.. Aku cakap mana ada sekolah melayu..tertulis sekolah kebangsaan sahaja..

Then kalau dah model sek China bagus, intergrate atau laksankanlah kat satu sekolah saja.. Tak payah jenis2 lagi. Ajar juga semua bahasa kat sekolah kebangsaan tu.. bahasa mandarin, tamil dan Arab.. Bahasa Malaysia sah2 semua kena belajaq… Aku cakap ramai juga anak Cina yang tatau bahasa Malaysia sekarang ni. Yang tau mungkin bahasa Indonesia sbb bibik ajar..
Dia diam dengar hujah aku, Mungkin dia setuju atau tak.

Tapi kami cakap dengan hati terbuka… For the sake of nation and unity.. Bahasa adalah penyatuan bangsa atau rakyat. Kalau dok asing-asing sampai bila nak bersatu. Kalau nak belajar bahasa ibunda teruskanlah. Kalau kat sekolah kebangsaan ada tiga atau 4 bahasa kan semua advantage…entahlah aku berdiskas panjang dgn dia….
Habis pasal tu aku cerita pasal jasad dan roh dan berbagai lagilah termasuk kejadian alam.

Dia kata yang Islam ni agama paling pure.. Tu ayat dia..sbb dia dah belajar jugak pasal agama2 ni.. Moga terbuka pintu hati dia…

Oh digress jauhnyaaaa>>>

Ni cerita pasal bulan dan penjejakkan manusia. Lately ada kapal pemerhati la kot dalam bahasa kita yang dilancarkan oleh Nasa telah mengambil kesan tinggaln penjejakan manusia di sana….

Mungkin mereka diupah oleh Domino yang nak buka kedai Pizza kat sana..Ahaks.. survey kat mana ada tempat strategic..Ahaks . just joking!
Ni story nya:



Obiter Pemerhati Lunar (Lunar Reconnaissance Orbiter atau LRO) yang dihantar oleh pihak NASA telah mengambil image yang amat jelas dari angkasa tempat-tempa pendaratan Apollo 12, 14 dan 17.
Imej-imej tersebut merakamkan bekas pergerakan yang dibuat oleh angkasawan dan juga jentera atau rover yang digunakaj dipermukaan bulan .
Gambar dibawah adalah imej yang disiarkan pada tahun 2009.

Manakala gambar dibawah adalah imej yang terkini. LRO telah memasuki orbit yang rendah untuk merakamkan imej ini( Image brightness and contrast have been altered to highlight surface details. (Credit: NASA's Goddard Space Flight Center/ASU))

Pada tapak pendaratan Apollo 17 jejak jejak yang ditingggalkan oleh “lunar rover” adalah jelas kelihatan , sama juga jelasnya seperti jejak kaki angkasawan.

Imej juga memaparkan tingggalan peralatan oleh para angkasawan semasa menerokai permukaan bulan.

Imej-imej tersebut jelas memapar kesan tinggalan angkasawan semasa meninggalkan modul lunar dan meninjau dan mengekplorasi permukaan bulan yang berdebu..



Ianya dapat membezakan jejak jejak kaki angkasawan berbanding dengan trek rover yang mempunyai dua jejak yang bersebelahan, sesuai dengan rodanya.


Dan ada lagi gambar-gambar yang diambil oleh LRO dekat landing site yang lain-lain iaitu oleh Apollo 14 dan 12. Oh rupanya dah banyak kali jugak pendaratan dibuat di bulan.


Ini gambar2 tempat pendaratan Apollo 12 dan 14.. Klik gambar untuk imej lebih besar.










Jadi teori kata konspirasi US tak mendarat tu boleh kita tolak tepi lah kot...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...