Thursday 3 March 2011

Huru-hara: Lagi pelajar dihantar pulang...

Kali ini berlaku di Negeri Hang Tuah. Negeri yang diisytiharkan maju pada jam2010 tarikh 2010 tahun2010..Simbolik bukan....

Ya, pelajar dari MRSM Terendak disuruh/diminta/dinasihatkan/digalakkan ( atau tak tau nak guna kata kerja yang mana satu) pulang ke rumah masing-masing pada hari Selasa baru-baru ini.

Masalahnya ialah TIDAK ADA AIR. Kali ni sekali lagi aku tak tau nak nyatakan perasan aku. Berbaur-baur. Pelik, heran, suka, tertanya-tanya dan berbagai lagilah.

Pelik macam mana negeri maju boleh kekurangan air. Pelik macam sekolah asrama tidak ada tindakan susulan jika keputusan bekalan air. Tu tak pe lah.. kita mampu merancang, Allah yang menentukan. kekadang musibah boleh berlaku juga. Sbb tu org buat disaster recovery exercise dalam mana-mana organisasi.Supayakalau ada musibah ada back up plan. Kat situ tak ada ke back up plan. Asrama dalam kem askar. Tak boleh ke minta kerjasama truck askar dan anggota menolong menyelesaikan. Angkut air ke apa..Prepare satu perigi ka... hahaha. Tu akal aku la, yang tak penah involve dalam pentadbiran sekolah ni.Aku tak ddpat jawapan tu yang tertanya2. Tapi mereka lebih bijak, sbb tu keputusan macam tu. Pelajar semua boleh balikkkkkkk....bertempik lah seluruh asrama..agaknye lah..

Apu pun akau tetap:

Heran sebab kena ( ataupun apa2 kata kerja seperti diatas) balik? Satu keputusan yang mengejutkan sebb kalau dulu kalau aku kat hostel selalu jugak tak ada air. Tak penah kami disuruh ( argg..apa2 kata kerja yg sesuai). Blessing in disguise la untuk bebudak..Yehaaa boleh balik... Tapi aku masa tu kat ofis..pukul 4.40 ptg dapat call kata kena* balik. Nasib ada parent kawan Nabila telah on d way pergi Terendak dan offer tumpangkan.

Suka sebab anak boleh balik rumah. Bak kata Lurvy, elok la sekarang ni anak nak balik rumah,..nanti besar sikit ntah ntah tak nak balik kalau cuti.. Ada saja program. Betul jugak..Tapi ...

Tertanya-tanya bila nak kena pulang semula ke sekolah. Ermm soklan cepu mas.. Aku pun tanya Along , balik ni sampai bila? Entah, abah kena telipon sekolah. Tiap-tiap hari abah kena call maktab..
oh ok, abah kena follow up la kan. Ermm menarik juga solution maktab. Tapi itulah yg diputuskan oleh pembuat keputusan, kena lah ikut. ok ..ni pulak akal dan idea aku yang tak penah bertanggungjawab pasal hal ehwal sekolah..

a.So kalau ada seribu student, seribu panggilan akan dibuat ke sekolah.. kalau satu call singgit ( andaian) maknanya Seribu ringgit la kan..Satu hari nak follow up..kalau tiap-tiap hari dah berapa ringgit secara aggregatnya! ni pasai aku tak pikiaq aku sorang la... kira semua parent dok follow up setiap ketika. Aih mesti la nak tau bila nak kena hantaq balik ke hostel.. takkan nak buat tatau saja. kena jd betanggungjwab la...dah maktab kata, kena talipun maktab bila nak kena pulang..Bak kata Nabil,, lu pikir la sendiri. Alah singgit pun aku berkira ka? Tidak sama sekali.... This is about principal.. There must be a better way that much more effecient, There are more than one method! cewahh kalau aku marah aku molalah tulis omputih...
1. SMS..need to explain ka? need? ok macam ni...all the parent phone number will be kept in an official sekolah punya hang phone..satu saja hp ni... simpan dan tak payah guna utk benda lain, hanya utk sebaran maklumat dari sekolah pasal benda-benda macam ni la.. Pertama, make sure parent beri maklumat no hp kepada maktab. WAjib bagi.. tak dak tapi2 lagi. jadi bila ada maklumat macam ni seperti: kena* balik sbb sekolah ni , kat kawasan ni, dinegeri maju tak ada air.
Hanya create satu msg saja dan sent to all.... tau kan ada function ni.. Kalau buat macam ni tak ada lah bebudak cempera queue kat public phone nak call parent bagi tau kena balik...

"""Eh, pandai la cakap...nak sms semua org kena duit la... tadi hang singgit pun berkira ( pembetulan bukan singgit kay,,seribu)"""

Bro and sis,.. kakak-kakak abang-abang,satu sms hanya kena seduit kata org kedah. Kata org Melaka satu sen ... so dgn hanya seribu sen (utk seribu org).. Baca elok-elok tadi seribu RINGGIT, ni seribu SEN ( atau Sepuloh Ringgit Shj) dapat semua maklumat sampai ke parent... Mana ada satu sms satu SEN?? Huh taktau ka? tak leh nak kata apa....cuba check SOX ka..UOX ka..dan macam2 lagi... macam macam adaaaaaaa...

Bab nak kena balik rumah tu kurang penting la sbb bebudak kalau sekolah bagi balik sure akan call parent punya. Tak boleh balik pun dok call setiap hari (bukan semua yer parent,,jgn marah).

Bila nak kena balik sekolah semula tu yang penting,,,ohh sepuluh ringgit tu duit juga.. Ye tak ye jugak, Ckp pandai.. takkan cikgu nak top up kan. Dah la banyak kerja, takkan nak kena sedekah duit pulak pasal anak-anak murid.. Oh ... Mungkin PIBG aka maufakat mungkin boleh berpakat..

Yang keduanya Facebook rasmi sekolah.... Sbb mungkin tak semua parent ada internet aku buat ni option kedua walaupun ianya free... ye lah bukan semua parent ada capaian internet. Kalau hp tu mungkin semua kot. So FB macam man pulak? Camni ye murid-murid, create satu page rasmi sekolah.Inform budak2 and suruh mereka dan ibubapa mereka dan abang adik kakak tokcik subscribe atau "like" page tersebut.. Tadaaa... segala mak nenek yg diupdate akan sampai kepada sasaran.. Susah ke? susah la..hang pandai la suggest.. sapa nak maintain.mana ada masa nak update.. ERK????? (kalau lah itu respon mereka). Namun, huh ada tetapinya, aku ni ckp berlapik. Kalaulah polisi maktab tak boleh ada page mcm ni tak apalah. Aku akai aku macam tu, sbb tu aku tulis...

So.... kesan dari huru hara atau hura tersebut,, hari ini , Khamis ..aku kena cuti terkejut dan cuti cemas, Sbb dapat maklumat kena pi hantaq hari ini sebelum pukul 6 ptg!!!!! Balik mlm rabu..., hari khamis kena pergi balik..huh hebat-hebat....Aku, seperti biasa, sebagai abah yg bertanggungjawab, terus telipon cikgu sekolah.. pepagi lagi sebelum aku masuk ofis untuk konfrimkan maklumat tersebut. Biaq betui..hari ini khamis, esok jumaat,,sehari shj kemudian weekend.. takkan nak sekolah sari saja..then cuti pulak..biaqlah bebudak ni dok umah sampai hari ahad sbb alang-alang dah balik.. Aihh macam sekolah aku pulak nak pi sekolah bila2 masa. Sbb bukan sekolah aku, aku confirmkan berita tu dan betui.. kena pi hari juga. sbb ada tampal memo kat ofis , ujar guru tersebut. Erk.. tampal kat ofis. Manalah parent tau... oh ya lupa ni berbalik kepada hujah di atas i.e sms dan fb.. Tak mau pusing2 cerita sama. Aku ulang lagi sekali, sbg abah yg bertanggungjawab (cewah) dan sekolah tu bukan sekolah aku, atau bapak aku punya,terus minta cuti emergency ( cuti darurat). Tanggungjawab kat ofis m acam mana pulak.. Kena ada priority lah beb!!!

Ni baru balik.... (dari tadi la..ni dah lama sbb dok taip..agak panjang posting aku mlm ni). Buat apa yg patut, terus tulis blog. Kena tulis la.. nanti lupa. kalau tulis baru ingat.. kalau org baca, mungkin boleh jadi pengajaran. Lurvy balik2 spt biasa buat kerja rumah. Aku dah ready nak menaip.. Dia jeling aku semacam..Rumah macam kapal pecah, dgn baju tak lipat. Yg tinggal kat umah macam ada bibik sj perangai...
Kesan dia,, kesan lagi... esok aku plan nak main bola frendly atau main hoki..aku nak pilih salah satulah, mungkin tak jadi..keja kat rumah menimbum... Kena cover Lurvy...dia bukan superwoman, anak ada enam kat umah...!!!
itulah cerita dia.......

OH ADA LAGI..tambahan sikit NI BARU KAT SINI>>>APALAH KIRANYA DIBANDINGKAN PARENT YG ANAKNYA DI MESIR,LIBYA dan tempat lain yang bergolak... oleh itu aku ttp bersyukur...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...