Tuesday 28 December 2010

Catatan 24-26 December. Jalan-jalan ganu kite

Sekarang nni semua org cerita pasal bola ,, ye lah bila dah berjaya semua org minat. Furthermore, sapa nak associate dgn looser kan… Jadi semua org jadi fan. But the real fan is the one who alwiz support the team wpun tewas ( albeit silently). Kawan minum aku punya statement,"Itulah Malaysia, negaraku, bila leading tak boleh tahan, bila ketinggalan tak boleh kejar."

Itu senantiasa potong keluhan dia. "Eh engkau ni.... Malaysia main ok apa"Kalau kita tak sokong sapa lg"

Aku punya sokongan ikut priority..Malaysia, Kedah, Argentina.. Mai lah MU ke Chelsea ke,kalau lawan Malaysia.. takdenya aku nak sokong Mu Ke Chelsea.. Hari tu macam aku sorang je sorak bila Owen miss the chance. Tempat aku duduk semua mamat ni pakai baju MU.. Masa lawan Malaysia tu!!!

Tapi sekarang ni aku tgh survey nak sokong team mana kat EPL. Biasakla semua org ada epl team aku pun nak sokong jugak.Nak associate dgn team la konon. Tapi sampai la ni aku tak jumpa dan melekat di hati. Games yg best aku layan ja. Apa kata aku sokong team EPL yg menang..ok tak? Lantak aa .. hahahah

Masa sukan Asia.. aku ada nukilkan kat blog aku kat sini masa Malaysia lawan China..Yang penting harapan tu tetap ada..and boleh masuk second round pun.

Aku punya idea is that kalau nak buat tornement mesti panggil team yg ranking dekat2 dgn Malaysia. Tapi mesti atas dari Malaysia. slowly beat them and climb the ranking. Ni panggil team yg "gap" nya jauh dari segi ranking mmg la tak leh tahan. Contohnya masa Merdeka Tournament tgklah negara yg ranking dia atas sikit dari Malaysia, Invite them,, build the confident first..

AFF Suzuki Cup? Aku tak nak cerita kat sini sebb semua org lagi arif. Mungkin selepas Malaysia menang nanti aku tulis la apa yang patut…

Panjang pulak pasal bola dalm tanak taknak tulis ni… Lantaklah ni blog aku...huhuhu

Hari Jumaat lepas aku pi Terenggganu . Terenganu lagi… Lepas ofis bertolak pi sana.. Uneventful journey . Tak "jam" pun walaupun esok krismas.. Sempat hello abg aku yg baru sampai KT. Iring rombongan kenduri. So aku ambil peluang pg kenduri and g umah ipar duai/ biras kat sana.
Dinner about 9 at Cherating. Sedap jugak la.. mungkin lapar kot…jalan non stop. Landing kat Restoran Baging ( apa maknanyo eh).. quite reasonable. Siap pekena sotong goreng tepung lagi….
Smpai Paka @11.30, anak2 aku yg naik dgn kereta pakciknya tak sampai lagi. Call2 tak dapat. Tak la hairan sangat sbb memang yg sorang ni susah nak angkat phone…
Aku punya biras tak ada.. g bincang sal bisnezz depa pasal besi2 nih.. Aku agak blur. Wish depa suksess sajalah. Lg pun tak involve dari awal..
Ssampai saja jak g pantai ambik gambar sebb dia Nampak ada reflection bulan kat laut… Dgn mata kasar nampak cantik lo. Nak terjemah dalm photo aku rasa tak mampu kot.. Kena guna “bulb” and tripod… hantam sajalah. Aku night foto ni tak reti sangat. Tak habis menuntut lagi...Flash pun cinonet ja.."cls" ( creative lighting system) pun tak boleh buat….
Hasilnya hancussss…..









Esok,, pepagi pergi pantai.....






lepas breakfast, yess nasi kerabu. Zoom g kuala trengganu. Set GPS Gong Tok NAsek sampai depan sekolah dia org dtg amik. Then terus g rumah pengantin dibawa oleh pengantin lelaki. Pelik aku, mana dia pengantin pompuan. Rupanya adat kat situ pengantin pompuan pagi2 dah pegi rumah mertua. Dia sorang saja duduk kat tilam beralas kat pelamin sambil diperkenal atau memperkenalkan diri pada makcik2 yg datang kenduri.. Oooo cam tu la pulak.

Pertama kali aku jumpa adat macm tu. Bila salam dengan makcik2 ni ( biasanya makcik2 lah yg dating) diorang hulur la duit kepada pengantin perempuan. Biasanya kat tempat aku yg buat macm ni bila ada berkhatan di mana tetamu sedekah duit kat budak yg disunatkan.





Apa pun, aku belajar benda baru la kat tempat org. After all,life is about learning..cewah.

Lepas tu semua nak pegi Arfa batik. Aku tak pasti belah mana ingat2 lupa. Then ke Payang Market. Punya ramai makhluk.. Nasib baik askar aku 4 org tak ikut..
Aku offer wifey nak beli kan kain selai dua. Tapi kami tak beli apa pun sangat. My wifey kata baru ja beli kain kat situ bulan 3.. Tak payah lah, Kalau nak beli best kalau lama2 sikit baru boleh borong.. hari tu pun tak buat baju lagi..

Aku cepat2 bersetuju. Hahahah….. Praktikal wifey aku ni..aku pun tak ingat aku beli berapa pasang masa tu.
Balik pg amik kereta Naza brother aku yg econnya rosak.. Kopak RM800. Tukar cooling coil and compressor dan lain2..

Dia org nak pg losong and masjid Kristal. Time about 5.15. Aku minta diri chow dulu.. bergegas ke Paka.. Diorang nak wat BBQ.. Sampai tempat keropok lekor 008 kat pantai kelulut pun aku tak singgah.
Malam sampai saja siap BBQ. Timing tepat. Then mandi jap lepas tu dinner….Then keletihan, baring jap sambil layan bebudak tgk movie.
Pastu bincang pasal project wallet. Sound convincing… Finally agree to become partner. Now looking for land around there.
Esok pg pantai yg diaorng newly discovered. Diaorg yg duduk kat situ pun je tau.. Photonya ada kat posting yg lepas..
Pegi dgn anak2 yg penatnya kita. Diorang dgn panas ke apa bukan pedulik. Aku dgn kamera aku snap gambar dekat 400 keping….

Pukul satu balik and siap2 ke KL. Along the way singgah Pantai dekat Masjid Geliga. Kalau tak silap nama dia Pantai Tok Mak NIk. Aku ckp sama wifey,, Tok Mak Nik ni pun disempenakan nama dia kat pantai ni. Mesti sumbody ni. Tak payah Datuk ke Tun ke…

Pekena satar kat Gerai Aziz Satar seperti biasanya kalau aku ke belah2 sana mesti singgah.. Just for satar sbb otak2 dia kureng sikit…Pekena lagi sotong goreng .. Cost me about Rm62.00 ringgit for 2 car punya makan which is very reasonable…..But mostly miuman je la yann bebudak ni order.

Aku pekena nasik jugak. Org Kedah mesti kena nasik punya………..
Then pegi beli kopok cap Intan… ada saja brand feveret.. Aku mana2 pun makan. Tapi kalau ada brand tu ok ja….. semua org nak ada brand kan.. NAk associate with brand….
BErtolak dari Pantai Telok Mak nik ( telok ke tok aku pun dah ingat2 lupa) @ 1630 hours. Gps estimate sampai pukul 7.18. Aku rasa pukul 8 la patut sampai. Sbb bukan GPS tu yg bawak kereta , aku yang bawak!

Sampai kat kesas, kawasan Endah parade stadium 7.56 mlm. Sure sempat sampai umah 8.15 the most. Sampai ja kat simpang seri petaling, jalan jem…walaupun org dah masuk stadium tapi kereta yg dipakir menyempitkan highway. Alamak,
sudah 803 mlm. Dah 3 minit start ni… Call abg aku kot2 ada dlm stadium. Ssaja nak kaco dia. Rupanya dia ada kat umah….

"Jem" tak lama. Akhirnya 8.20 sampai umah . Gegas angkat barang.. cari remote terus on dan keputusan memberangsangkan.. Moga boleh tibai kat Jakarta biaq Indon ( bangsa yg tak berapa reti bahasa) kena 2-0 lagi…

InsyaAllah. Malaysia Boleh!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...