Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Tuesday, 31 January 2023

Ke Nusakuya Resort 30 minit dari jeti

Dari airport Tawau ke "Jetty Soto" mengambil masa lebih kurang 1 jam.
ampai sahaja Alvin sudah menunggu. Bot belum sampai.

Kagum sekejap tengok jernihnya air di jeti. Selalunya jeti ni airnya keruh saja.
Contoh jeti Kuala Perlis.
Oh ada ada, yang jernih macam jeti redang etc. 

Tapi ni padat dengan hiruk pikuk dan kawasan pekan. Keadaan masih terkawal dengan kejernihan nya.

Dan semestinya ada botol-botol air mineral terapung-apung. Apapun kira cantik la suasana.



Ni resort yang atas air yang paling dekat dengan jeti. Dragon Inn kot nama dia.
Kalau Dragon Den lain tau.. itu pitching tv series kat UK ..



Si Alvin dalam status dia selalu masukkan status sapa-sapa nak check in. So aku snap dia dulu ..

Boatman pusing ke pasar ni kejap untuk beli stock rokok cengkih dia. Katanya tk pekena tak leh bawa bot. Loqlaq!!
Tempat beli seafood kat sini kot, aku plan macam tu lah. Tapi tak datang pun.






Lautan membiru kami belahi dengan bot laju. Lebih kurang setengah jam nak sampai Nusakuya. Hempasan bot menimpa air agak kasar. Sib baik ombak takde.. So lancar je perjalanan

Aku masih pakai topi tapi lepas ni kena bukak..tercabut nanti terbang masuk laut.

Nak masuk Nusakuya ni kena ikut timing air pasang. Bukan boleh ikut dan. Kalau masa surut bot tak leh merapati jeti. Sebab muka bumi ( muka laut?) dia banyak rift atau coral. Kalau cetek akan rosak coral, Big NO NO..

Kalau nak juga pergi time air surut kenapa menapak air laut secetak peha atau pinggang.
Orang kedah kata meranduk. Tak yahlah.. sabar je lah, 
Tapi ada guest yang tak sabar nak juga.. memang basah lah. Tu botman cerita.

Time kami nak check 12.30 air tengah pasang so just nice lah.


Awat kami pilih Nusakuya.

1. Member rekemen.

2. Review dia ok la, Boleh la..Sebab ada satu review resort lain sampah punya banyak dalam laut. Uish,,memang tak pilih la.
ye lah sampah tepi laut dibawa arus dah t ersangkut bawah resort.


3. Harga dia ok . Value for money =6.5/10. 
Memang macam tu la kot harga water resort. Room for 3 seribu camtu. per nite. Complete 3 meals.

4. Macam nak memfoto atau nak snap banyak2 gambar mcm best je.















Tuesday, 24 January 2023

Semporna ke Pasar Tanjung Tawau: Jumpa ayah kepada tauke kedai

Assalamualaikum bloggers and readers.. 

Sekarang dalam perjalanan dari  Semporna ke Tawau..Lurvy nak shopping bilis sikit dan lain lain .

Alang2 sampai belah-belah sini, layan la Lurvy nak bershopping pulak.

Bilis mesti yang rangup-rangup kan...



Banyak lagi nak di tulis..tapi buat note dan link sini dulu..
Sementara nak sampai  Bandar Tawau kan.

Antara cerita cerita.nak karang dlm flight sat lagi 6pm ke KUL

Antaranya... 

1. Nusakuya .resort tengah laut atau lebih tepat resort atas air

2.Lobster 4 ekoq..beli upah masak.

3. Bohey dulang dan pulau²

Wow.. percutian menarik di Semporna,, banyak nak ditulis. Harap sempat la kan.


Sekarang masih lagi dlm perjalanan ke Tawau..sedikit lagi menghampiri ke Pasar Tanjung. Tiba tiba hujan lebat turun. Orang kata murah makanan laut kering sini.

Melepasi Ta dan Wau , mercu  tanda Tawau..snap gambar dari dalam van pun jadiklah. Hujan lebat ni..




Kalau hujan berhenti kita singgah lagi.


Rajin bertanya.

Aku mengharap driver yang akan bawa ke tempat atau kedai/stall yang dia rekemen. Bila ditanya, dia kata semua ok, Murah belaka. Kedai/stall mana-mana pun boleh. Lagipun di park sebelah pasar dan kena tunggu dalam van.

Ok tingkat bawah tu macam tempat sayur-sayuran dan makanan basah. Nama pun pasar kan.

Ada la jual amplang dan biji-bijian seperti gajus juga ada di bawah tu. Ada lagi makanan makanan lain yg dijual di tingkat bawah.

Aku biasalah ronda sementara shopper yg sebenar (Lurvy) pergi toilet.

Nampak pakcik, org local gayanya. Dia beli sayur . 
Bagi salam nak tanya kat mana nak beli ikan kering atau bilis. 
Dia terpempan kejap, " Haaa, itu tingkat atas. Kedai Hj Jalil"

Uihh..Tudia, siap sebut nama kedai. 

"Sebelah mana pak cik?"

"Sebelah kanan tu belah tangga. "

Cara explain macam aku tahu dah tempat tu.

Pastu dia perasan aku bukan org Tawau.

"Ikut saya"

Alamak org tua kot. Sian pulak aku. Semangat pakcik ni.

"Takpa-takpa saya cari" Aku nak tunggu Lurvy lagi.

" Itu kedai anak saya" ujar dia sambil kuis tangan aku bergerak ikut dia.




Aku pun ikut..ooooo jumpa si ayah rupanya.

Sampai kedai anak dia.. Terus anak dia offer harga, aku tak pasti murah ke tak. Tapi situ lah aku beli setelah Lurvy sampai. Lagi pun nak kejar flight pukul 6.15 pm.  
Dan nak singah makan nasi  Arab rumah sepupu yang ditempatkan di Tawau ni.

Baru berkesempatan nak datang. Tu pun last minit baru boleh menerima jemputan dia setelah dapat transport yang ok. 

Oh ya dari Semporna, terus ke Tawau kemudian ke Airport Tawau kos transport untuk 9 orang RM250.

( Dari Airport Tawau ke pekan Semporna RM50 ke RM180)


2.10 pm dari Pasar Tanjung singgah satu photo tanda hadir di mercutanda Tawau.




Kemudian ke Kuhara Court. Sepupu siap order nasik Arab. Favourite!!
Thank Athirah..


p/s.   ni snippet/trailer ( ceh) atau contoh gambar-gambar di Semporna utk posting akan datang.
Tungguuuu






Sunday, 9 January 2022

First time trying White Water Rafting

Assalamualaikum ,,


TAk papsti aktiviti ini merupakan antara list yang aku nak buat atau pun boleh letgo je.

Ya setiap kita ada memacam activiti yang nak dilakukan,, sekurang-sekurangnya sekali. Aktiviti-aktiviti nbukan yang biasa biasa.. contohnya.. buggy jumping, mendaki gunung Merapi atau scuba diving atau white water rafting..

Yang last last aku tak pasti aktiviti lasak ke tak? Mungkin tengok sungai dan jeram kot.. tapi kalau nama pun white-water , tentu lah lasak kan, Dapat nama white tu bila air laju menuruni jeram. Air deras maka jadi lah air tu puti dengan buih-buihnya.

ok lah aku teringin na buat sampai anak buat cadangan. Ok lah.

"Nak pi mana?" Sebab tempatnya banyak. Kuala kubu, gopeng , ranau dan Selama antaranya.

" Kita kan nak ke Ipoh so kita pergi Gopeng punya abah" Najmi memberi cadangan.

"Ok set. Kau arrange." Arrange tu setakat arrange lah ye, lain2 abah uruskan.

Cemas juga sebelum aktiviti. Tahap cemas tu kurang bila sampai Gopeng Rock Camping kerana instructor tu kata:
"Ni air surut la ni. Ok je untuk family"

Cantik! untuk first timer macam kami ni sure nak yang santai-santai kan.
Sib depa kata ada insuran bagai.. Ghisau la kan.

Tapi every thing has its first time kan. So layan je lah.

Ramai hari tu .. 10 rakit.
Ramai makanya kami kena tunggu lama lah kan. Sbb tungu nak start serentak. Dan bukannya semua tepat. Kami punya lah rushing ke meeting point . Sbb memang tak suka orang menunggu. Kami bukan VVIP pun.

Eh memang VVIP kat Malaysia ni orang kena tunggu ke..Jeng jeng jeng.. Satu habit yang tak bagus kan.
Sendiri mau ingat..


So kami dibahagi 2 raft./rakit/bot. 5 each plus satu kapten .. total 6 org satu bot,

Bermula di kem Razila.
Sebelum tu kami bertolak dari meeting point ke kem Razila menaiki lori. MEnaiki lori melalui jalan bengkang bengkok pun dah trill.

Ok pendekkan cerita. 
Memang best white-water rafting ni. 
Walaupun check list dah ditanda, kalau ada kesempatan boleh cuba lagi dan kawan pun dah ajak ke Kuala Kubu baru (KKB). dengarnya kat sini lagi mencabar..

Sedikit catatan.. kami stay di Gopeng ni di Hajau @ gopeng.. Nanti aku buat posting pasal ni ya,,

 Anyway ni link dalam youtube;
Klik link.di bawah


Enjoy the pic..and the trill within..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...