Showing posts with label Nusakuya. Show all posts
Showing posts with label Nusakuya. Show all posts

Tuesday, 31 January 2023

Ke Nusakuya Resort 30 minit dari jeti

Dari airport Tawau ke "Jetty Soto" mengambil masa lebih kurang 1 jam.
ampai sahaja Alvin sudah menunggu. Bot belum sampai.

Kagum sekejap tengok jernihnya air di jeti. Selalunya jeti ni airnya keruh saja.
Contoh jeti Kuala Perlis.
Oh ada ada, yang jernih macam jeti redang etc. 

Tapi ni padat dengan hiruk pikuk dan kawasan pekan. Keadaan masih terkawal dengan kejernihan nya.

Dan semestinya ada botol-botol air mineral terapung-apung. Apapun kira cantik la suasana.



Ni resort yang atas air yang paling dekat dengan jeti. Dragon Inn kot nama dia.
Kalau Dragon Den lain tau.. itu pitching tv series kat UK ..



Si Alvin dalam status dia selalu masukkan status sapa-sapa nak check in. So aku snap dia dulu ..

Boatman pusing ke pasar ni kejap untuk beli stock rokok cengkih dia. Katanya tk pekena tak leh bawa bot. Loqlaq!!
Tempat beli seafood kat sini kot, aku plan macam tu lah. Tapi tak datang pun.






Lautan membiru kami belahi dengan bot laju. Lebih kurang setengah jam nak sampai Nusakuya. Hempasan bot menimpa air agak kasar. Sib baik ombak takde.. So lancar je perjalanan

Aku masih pakai topi tapi lepas ni kena bukak..tercabut nanti terbang masuk laut.

Nak masuk Nusakuya ni kena ikut timing air pasang. Bukan boleh ikut dan. Kalau masa surut bot tak leh merapati jeti. Sebab muka bumi ( muka laut?) dia banyak rift atau coral. Kalau cetek akan rosak coral, Big NO NO..

Kalau nak juga pergi time air surut kenapa menapak air laut secetak peha atau pinggang.
Orang kedah kata meranduk. Tak yahlah.. sabar je lah, 
Tapi ada guest yang tak sabar nak juga.. memang basah lah. Tu botman cerita.

Time kami nak check 12.30 air tengah pasang so just nice lah.


Awat kami pilih Nusakuya.

1. Member rekemen.

2. Review dia ok la, Boleh la..Sebab ada satu review resort lain sampah punya banyak dalam laut. Uish,,memang tak pilih la.
ye lah sampah tepi laut dibawa arus dah t ersangkut bawah resort.


3. Harga dia ok . Value for money =6.5/10. 
Memang macam tu la kot harga water resort. Room for 3 seribu camtu. per nite. Complete 3 meals.

4. Macam nak memfoto atau nak snap banyak2 gambar mcm best je.















Wednesday, 25 January 2023

Selamat mendarat di Tawau terus ke Nusakuya

Assalamualaikum bloggers and readers..

20/1/2023.

Ke Semporna kita..Alhamdullilah,

Perancangan cuti ni, nak kata last minit, tak juga ..

Asalnya beli tiket Lurvy Flypass Malaysia Airline nak bolehkan dia pergi join aku satu weekend tu ke Semporna. Aku ada working trip hari Isnin, so cadang nak pergi Jumaat sebelum tu. 
Nak spend weekend kat Semporna lah sebelum dia fly balik Ahad tu.

Tengok logistik macam tak berapa mengizinkan sebb ye lah, tak pernah sampai Dia nak travle ke airport sorang-sorang. Aku ke arah lain.

. Makanya postpone lah.Dari bulan 6 ke Disember. 
Cuti sekolah plus long holiday Krismas.
Tapi flypass tak leh guna pula time ni , rasanya ada limited seat yg depa assigned kot.
Hurmm

Aku beli semua fly pass Zone 2 kot. 
So postpone ke raya cina.

Sebab risau sangat dengan syarikat penerbangan lagi satu yang delay la. Delay sampai besoknya pun ada dengar dan terjadi. Retime dan retime. manyak susah ooo..itu merah punya Asia bagus (atau sudah tak bagus).






 Huih mengganggu family planning ni. Wohahahaha. family planning? Relevant ke lagi?
Sebab kami anak 7 orang. Mau nya delay ka apa, stranded berjam-jam, haru juga.

Kalau aku dengan Lurvy ja..Tak kisah .. Adventure! Tak pe sikit. 

So flight 7.30 am. 
Flypass MAS ni boleh travel 3 kali ulang alik atau 6 point to point lah.
Masa beli RM1499 ke RM1399 per pass.
La ni tak silap ada discount. RM100 kurang. Biasalah bila dah beli. Muncul lagi kat fb dok iklan discount

Sampai Airport Tawau 10.30 lebih kurang.
On hand phone ja, terus terima call dari Bro Salleh. Transport yang aku arrange awal.
Cost korang nak tau ialah  RM180. Dari Tawau Airport ke Jetty Semporna.
Kalau korang turun tanya selepas landed dan keluar airport pun banyak trip transport, diaorang tunggu nak balik Semporna. 

Yang datang hantar orang ke airport . Kekadang balik kosong.

Again, aku pre-arrange sebab lepas ni terus nak amik bot ke Nusakuya. Takmo delay ka apa ka.
Spoil the trip nanti. Sebab ada timing air pasang surut untuk menghampiri ke resort. Kalau air surut kena tnggu lah sampai air pasang.

Chinese New year ni pun dapat date resort available 20/1/23 ja. Lain penuh.  Satu malam je.

Nak merasai kan.. Buat ghaso-ghaso kata Zizan
So amik 1 mlm ja. Hahahhaha.
Lagipun nak buat apa tengah laut berhari-hari. ( Hermm alasan) 
Ok boleh je amik trip island hopping tapi kejap je pulak dok situ. 

Ada je aktiviti.. kayak la, snorkelling la.,, berenang-renang la.
Tapi sempat je semalaman stay kalau nak beraktiviti.
kalau lama-lama, kos mahal wei. 
Kalau  honeymoon kali kedua ke tiga ke ok lah, duduk lelama kat resort cenggini.

Tu cara kami lah. Lagipun memang plan nak duduk kat pekan pula 2 malam.
Nak beli seafood dan jalan kat pekan.

Alvin siap menunggu di jety untuk ke Nusakuya. Dia dari Djara travel. Cekap dan organise orangnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...