Thursday 26 May 2022

Nak beli towel ikea je asalnya. Terbeli tilam sekali.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Selasa, iaitu dua hari lepas , work from home. Tetapi ada jemputan raya sebelah KL nun. Kiranya business contact la . Di email dan di "what apps" supaya datang. Siap pepagi dia call aku, "kalau kau sampai lobi kau call, sebab nanti ramai orang tak jumpa nanti."

Makanya tengah hari kena pergi lah. Lama kan tak ber open house yang official. 3 tahun kot.
Jalan pun ok sekarang ni. 12 tgh hari macam tu. Maybe bukan waktu peak hours

So best la dapat jumpa business circle yang selalu dok contact guna phone/call je. Lama tak jumpa. Client dari company lain pun datang juga so dapatlah berkenalan.

Anyway, tengah hari tu juga pergi rumah kat KL yang buat airbnb. Kemas sedikit sebanyak. Petang sambung kerja kat situ je.  Penat juga..baruku tahu ..hhhuhuhuh

So okaylah ..ingat nak pergi memalam tapi sebab tadi ada open house , pergi siap-siap lah. Petang sampai malam kemas comei-comei sebab ada orang nak masuk, katanya hujung minggu.
Malam pukul 9 baru balik.

Kena pergi juga sebenarnya check in hari Selasa tu sbb Isnin ada orang keluar. Risau kot jenis tak buang sampah kat tempat sampah sepatutnya. Kalau lelama tentu bau tak best. And kalau towel basah bersepuk pun aku tak boleh biarkan. 

Nak dijadikan cerita ada towel yang tak cukup. So aku rasa serba salah nak tanya orang yang stay sebelum ni. 

Tapi lawan juga perasaan tanyalah. Sebab dua helai kena ciluk. Dan first time jadi. Aduyai. Tak sangka.

Bila tanya memang kata tak ambik lah kan. Tapi dia kata nak check dgn helper ( maid) sebab dia bawa maid.

Tak pe lah ..aku kata check jelah. Kalau ada tahulah sapa yang ciluk, kalau tak ada nak buat macam mana kan.Kalau maid dia amik memang dia patut concern tentang perangai maid dia. Ada "trust issue" kat situ. Barang dia pun kena diawasi juga

Dia tanya nak bayar tapi aku cakap tak payahlah,sebab tak pasti maid dia ( dibaca grup dia) ambil ke tak.
Anyway, nak buat macam mana. Takde rezeki kami, barangan dicuri. 

Segan sebenarnya nak tanya, kot dikata tuduh ke apa. Tapi alhamdulillah dia paham.. so case close. Aku pun mintak maaf sebab wassap tanya soklan camtu kat dia.

Semalam,Rabu, lepas buka puasa seadanya,maghrib, then ajak Lurvy pergi Ikea top up towel. Eh macam top up credit la pulak. Lurvy pun hairan macam mana lah orang boleh terpikir nak curi. Eh... orang macam-macam perangai. Risk macam tu lah, redha je la. Kena pi Ikea sebab nak sama warna dengan set yang sedia ada.

Plan nak dinner kat KL lepas membeli belah tapi last2 dinner kat Putrajaya juga. Oh ya plan nak beli towel towel tapi beli juga tilam. Tilam? 
Loh. Bukan main lain terbabasnya..
Wohahaha.



Tapi tilam tu tilam single. okay . namanya Hafslo kalau tak silap. Vacum pack so muatlah kereta. Kebetulan Lurvy kata Alif bagitau hari tu tilam dia dah tak elok. 

p.s
Emak kan...Teringat je apa anak komplen. 
Laki komplen lagi ingat kot. Eh, aku mana ada komplen.Nasihat ada la.. wohoahahha



1 comment:

  1. susah jugak tu, buatnya kita ingat dia ambil tapi tak dah nanti kena viral pulak. harap lepas ni tak hilang lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...