Sunday 22 May 2022

Celebrating our Annivesary ( Raikan ulangtahun penyatuan cinta kami..cewahhh)

Assalamualaikum bloggers and readers..

Salam kenal kepada pembaca yang pertama kali masuk blog yang tak seberapa ini.
Selamat berkunjung ke rumah terbuka atau majlis perkahwinan.
Jalan pun agak sesak di hujung minggu bulan syawal ni.
Seperti biasalah, macam  zaman sebelum PKP dan covid19.


Pagi semalam aku mesej admin:

" Saya nak request masseur male untuk saya dan female untuk my wife"
Dibalasnya " Ok  Mr." 
Diikuti dengan emoji senyum.

Haihh, kalau tak ada tukang urut jantan ,memang Lurvy ajalah yang akan ke spa. Lurvy pun mesti tak benarkan. aku.hahahah

Sib baik ada male massuer.

Dan perghh dah macam pergi physio diurutnya aku. Punya lah kuat. Di lipat di siku semua ada. Tadah je lah.

Ingat nak relaxation massage je. 

Maybe sebab banyak otot yang tegang atau keras sebb lama tak streching dan bersukan..
 atau memang sebab bersukan tanpa warm up yg ok kot.

Anyway takpe ,  yang kesakitan kena urut Thai atau Indo tu tak penting.

Yang penting nak treat Lurvy pergi spa dan massage.

Sempena Anniversary. Yezza.anniversary yang ke 27.

Ok. Tu yang pepagi settlekan semua laundry ( termasuklah kisah tak sempat masukkan baju dalam mesin. Lurvy pun kata kalau dia masukkan baju dulu pastu baru tukar duit.. wohahahha).

TENGAH HARI




Tgh hari pergi anak wedding ex-office mate kat Puchong/Putra Height.
Nampak event² makin rancak. Alhamdulillah caterer dan event hall organiser bernafas semula.

 Then baru lah sempat ke KL untuk celebrate our anniversary.
Hotel yang kami pilih untuk staycation ialah Royal Chulan. Not badlah hotel ni aku rasa.
Yang penting Lurvy suka.







,,



Klasik-klasik sikit ukiran dia. Macam seni tradisional lah kan. 

Mcm aku la kot.. dah masuk zaman klasik dah, cuma belum antik lagu..wohahaha

Aku risau juga lah kan pasal baru-baru ni Royal Chulan Penang viral kejap. Orang yang book telah dinafikan bilik, katanya VIP potong tang kona. Sbb dia buat wedding situ. Tapi ni KL kan tentu depa amik pengajarana.
Naya juga depa yang kena macam tu. kat Penang tu.

Aku dah la nak treat Lurvy special on our annivesary.
Harap tak jadi lah masalah mcm tu.
Tetapi Alhamdulillah..

Semua ok!! malah di upgrade ke Premier room. Aku yang surprise..

Petang bawa Lurvy ke spa Telaga Bunga. Staff yang ramah dan sopan. Boleh bagi 9/10 la spa ni.
Badan terasa ringan lepas di urut. Aku suruh Lurvy amik 2 atau 3 teknik. Nanti boleh urut aku pulak,.. Bijak kan.
Kat front desk Spa Telaga Bunga





Lepas sessi massage air teh herba apa tah. Boleh la.. Ada kayu mais etc


Lurvy air-air teh ubat dan seangkatannya dia ok, Aku ja tak habis.






Malam pergi Ombak Kitchen Seafood kat Bangsar. Aku teringat yang Lurvy teringin nak makan lobster sebelum sebelum ni. Ni lah masanya nak bawa dia. 

Bapak besor lobster dia. 

Nanti in another posting aku cerita lagi.

Till then chio!!

P.s Malaysia tadi kalah bola vs Indon. TApi aku no komplen. Kalah on penlti. Aku harap ada masa tambahan tapi penentuan gangsa tak ada lah pulak masa tambahan, Terus penalti.







No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...