Friday 1 October 2021

Siap sudah my condo

Assalamualaikum bloggers and readers..

Alhamdulillah.. Dalam kesibukan pkp dan pelbagai extension of pkp spt pkpb la pkpd la.. akhirnya kerja pembaikan minor defect rumah pun dah disiapkan. 
Dan pandai juga kontractor ni utk skip sesetengah kerosakan.
Walaupun sedikit tapi rumit.

Contohnya bila tile lopong ( hollow). Satu kerja yang rumit dengan nak kena buka tiling lama dan nak ganti.

Dan aku pula bab nak buka tiling dan berdebu satu rumah ( walaupun akan dibersihkan), aku tak gemar.Walaupun bukan aku yang buat.

Dan yang keduanya tiling tu tone color munkin tak sama.

Ketiga, defect ni tak mudarat dan mungkin kita tak perasan. Kalau guli jatuh kita tau situ lopong. Kalau tak, tak perasan pun.

Tapi tak salah dan memang hak kita untuk menyuruh developer atau contractor baiki. Pilihan memasing. Dan kebetulan kontractor ni takmau kerja rumit dan amik masa. ngam dengan aku. 

Hari tu," Bang, saya nak baiki defect rumah abang ni. Saya X dari YYY"

Aku," Ok beres, Buat elok-elok ya. NAnti apa2 infor. Kunci semua dah ada kan."

X " Ada ni, saya dalam rumah"

"oh ok"

X," Bang saya dah check dah  lepas habis rumah sekarang ni kami terus buat rumah abg, tapi saya nak cadangkan yang tiling ni ..yang abang tanda hollow ni, saya minta tak payah ganti lah bang. Saya tukarkan kerja untuk cat rumah abg.Free. Abg bagitau kod cat je. Kami beli semua"

Aku" Hermm ok juga"
Dah memang aku pun 50-50 bab ganti tile ni."Ye lah suppose to be free la kan. Tiling tu pun mahal. Kerja nak buat lagi. Tapi tak pe lah. Nanti saya bagi kod cat"

Maka bertukarkah dari warna putih asal ke warna pilihan aku.

Seminggu kemudian" Bang , bilik master ni takkan warna sama dengan lain"
" Kasi lah warna romantik sikit, baru best"

Aku dalam hati. Eh pandai pulak suggest nya. Dari warna putih aku tukar satu kaler je. Tu pun pening nak pilih warna. Nak cari warna lain. Tahu lah kan nak matching lagi dengan perabut dan fitting. Nak kena ngam lagi dengan Lurvy punya color.

X sambung ,'"Ok nanti abg beli ya" Kami catkan. Kasi la warna lembut sikit"

Huh. tak ok ke kaler aku pilih sebelum ni aku dok pikir. Arghh lantak la. Pilihan aku . Nak dengar orang punya taste semua lain2.

dia sambung lagi " abg letak je dalam rumah, kami uruskan"

Takdan nak kata aku kah yang patut beli. ?
ok lah .. ok lah.


Pikir punya pikir maka beli pilihan hati. Kan. Korang mesti experience betapa susahnya nak buat decision waima nak beli cat pun susah kan.

Pastu dah beli ok je...

Done . Settle.


Misi cari perabot.. 

Argh takmo pening. All Ikea product. Survey Ikea store. Rasa tilam lembut ke keras..macam mana. 

Yang decision simple.Shortcut, sebab dah shortlisted. Cuma nak finalise je. Tengok dan decide. Done.

 Ni senang sbb dah lama buat keputusan.









...akan complete dan penghantaran tak lama lagi..In Sya Allah.

Minggu ni pasang langsir dan,.. kena beli tilam yang tak boleh order delivery. Kenapa ek? Ada juga yang tak boleh beli online dan deliver? 

Tapi tilam dia vacum pack.. akan jadi nipis dan transportable dgn kereta. No worries.


 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...